Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya 1432H

Menjelang Hari Raya yang bakal menjelma, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini, rakan taulan, saudara mara, adik beradik serta ahli keluarga saya. Semoga Hari Raya kali ini akan menjadi momen terbaik untuk kita saling bersilaturrahim sesama umat Islam. Marilah kita meraikan Syawal tahun ini dengan penuh kesyukuran dan keredhaan kepada Allah S.W.T.
Segala puji bagiMu ya Allah Tuhan pencipta alam,
Selawat dan Salam pada Rasulullah Nabi Junjungan Muhammad S.A.W,
Kumohon padaMu ya Allah berikan aku kekuatan dan semangat dalam mengharungi dugaan dan penantian maha perit ini, 
Aku mohon kepadaMu ya Allah agar diampun setiap dosa dan kesalahan, 
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani 

Friday, August 26, 2011

Hari terakhir menjelang raya

Hari ini hari terakhir penggal persekolahan. Minggu depan cuti penggal selama seminggu. Tapi entah kenapa bila saya semak Buku Rekod Mengajar guru-guru tadi, ramai yang tulis minggu depan Cuti Hari Raya Aidilfitri. Rasanya ramai cikgu tak perasan yang minggu depan sebenarnya adalah Cuti Pertengahan Penggal Persekolahan. Tolak cuti kelepasan am selama 3 hari (Hari Raya dan Hari Kemerdekaan), tahun ni cuti penggal persekolahan tinggal 2 hari aje. Kalau boleh dicarry forward macam public holiday hari Ahad tu kan ke bagus. Tapi tulah dia - cuti sekolah tahun ni dah ditenggelami oleh cuti raya dan Merdeka...
   Pagi tadi telah berlangsung beberapa program iaitu;
1. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat 1
2. Majlis Khatam Al-Quran
3. Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Murid Miskin
4. Sesi bersalaman
   Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua murid dan guru. Mohon maaf zahir dan batin. 
Bacaan yaasin di tapak perhimpunan - 
Sikit je kehadiran hari ini
Pengawas bertugas mencatat murid-murid datang lewat turut membaca yaasin
Madam Kathleen berbaju merah
Di surau bacaan yaasin dan solat hajat UPSR 1 dipimpin oleh Ustaz Amir
Ustaz Fazli menyampaikan ceramah motivasi kepada calon UPSR
Ceramah ustaz sangat menarik lagi berkesan
Terima kasih banyak yaa ustaz
Madam Kathleen sudah bersedia di dewan bersama guru-guru dan murid-murid lain
Backdrop semalam ditopup lagi
GPK Koku berbaju hijau diapit oleh GPK HEM dan GPK P.Khas berbaju oren
GB dan GPK 1 di sebelah sini
Ucapan aluan GB
Keberangkatan masuk pasukan khatam Al-Quran
Segak berbaju melayu purple
Majlis Khatam Al-Quran oleh peserta tadarus Al-Quran Tahun 6
Peserta tadarus menerima sumbangan daripada Pn. Shikin
Penyampaian sumbangan hari raya kepada murid Pendidikan Khas
Penyampaian sumbangan kepada murid miskin dan anak yatim
Cenderahati buat ustaz praktikum - Shafiqdeen
Ustaz praktikum - Mumtaz
Ole-ole untuk sekolah
Cenderahati dari panitia Pendidikan Islam kepada GB
Tanda mata buat guru pembimbing - ustazah Noor Azian
Ustaz Shafiq menyampaikan ucapan terakhir dengan mendendangkan lagu "Kenangan Terindah"
Sesi bersalaman dimulakan dengan murid Pendidikan Khas, prasekolah, Tahun 1 - 6

Maaf zahir batin semua
Sesi bersalaman sesama guru

Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa SKKW

Sebentar tadi, berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Warga SKKW bersama AJK PIBG di kantin sekolah. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan dari guru, staf dan AJK PIBG serta keluarga. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam serta Kelab Guru dan Kakitangan atas usaha yang ditunjukkan. Bahkan sebahagian besar modal program tersebut dikeluarkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan KGK. Terima kasih juga buat pengusaha kantin atas kerjasama tuan/puan. 
   Majlis dimulakan dengan acara berbuka puasa dengan kurma dan kuih di kantin diikuti solat maghrib di surau sekolah. Kemudian para hadirin dijamu dengan nasi minyak yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin. Seterusnya, bagi mereka yang berkelapangan melakukan solat jemaah Isyak serta terawih. Lauk lebihan telah dibungkus oleh urusetia untuk diberi kepada hadirin. Tidak ketinggalan bekalan daging masak kicap istimewa buah tangan dari Kelab Guru dan Kakitangan buat keluarga yang hadir.
   Kalau ada rezeki, tahun depan bolehlah kita buat lagi program sebegini dengan serba sedikit penambahbaikan acara berserta suntikan dana dari pihak-pihak yang bermurah hati. Jika cukup bajet, ibu bapa juga akan dijemput sama memeriahkan majlis keluarga ini. Insya Allah.
Buku program
Menanti waktu berbuka puasa
Terima kasih atas kehadiran mantan guru praktikum IPIS
Wak Maz Azlee dengan kameranya
Bekas ustaz praktikum : segak-segak belaka
Din dan suami Shazwani
Mengambil kurma, kuih dan air buat berbuka
Keluarga bahagia Mimi
Dr. Irwan - Naib YDP PIBG dengan suami GB dan Aziyati
GPK berjubah hitam
Pn. Azlin (AJK PIBG Ibu bapa) hadir bersama bekalan kuih
Pn. Suhaila - seorang lagi AJK PIBG Ibu bapa yang turut hadir
Keluarga besar guru
Senyuman manis jelingan manja
Green family
Pertemuan 2 sahabat USIM
Ustaz dengan peminat setianya
Beratur mengambil makanan
Line muslimah
Wak Maz tekun mengambil gambar
Orang kuat kantin
Beratur sambil tersenyum
Menjamah juadah nasi minyak
Makan sambil bersembang mengeratkan silaturrahim
Sesi makan sambil bersembang para pengurus utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...