Wednesday, October 30, 2013

Taklimat PPKI

Saya dan GPK Pendidikan Khas; Pn. Nor Mi Aw. Nik telah menghadiri taklimat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) anjuran JPN Selangor bertempat di SMK Bukit Kuching, Kuala Selangor. Turut hadir bersama kami ialah GPK SK BBST; Pn. Asma. Memandangkan lokasi taklimat amat jauh dari Sepang, maka kami telah membuat keputusan untuk bermalam di Kuala Selangor. Seronok dapat merehatkan minda sambil makan-makan di tempat-tempat terkenal di sana...
 Menginap di Hotel Sun Inns
 Makan malam di Aroma Ikan Bakar, Jeram yang popular itu
Selesai taklimat, singgah menikmati bubur lambuk, mee bandung dan satay besar di Kedai Satay Hut, Tanjung Karang

Monday, October 28, 2013

Mesyuarat Mini Karnival Surau

Menghadiri Mesyuarat AJK Pelaksana Mini Karnival Surau Al-Hijrah Kota Warisan membuka ruang kepada saya untuk memberikan sedikit khidmat bakti kepada masyarakat, khususnya berkaitan dengan penglibatan sekolah dan anak-anak murid. Tahniah kepada ahli jawatankuasa karnival yang jelas nampak bersungguh-sungguh dan komited melaksanakan amanat kariah meskipun sibuk dengan urusan keluarga dan kerja masing-masing.
 Mini Karnival akan diadakan pada 9 dan 10.11.2013

Friday, October 25, 2013

Lawatan penanda arasan ke Kelantan

Lama dah tak ke Kelantan. Hujung-hujung tahun ni, di tengah-tengah kesibukan kerja yang tak pernah surut, saya diberi peluang untuk mengunjungi Kelantan Negeri Cik Siti Wan Kembang anjuran bersama PPD, MGB dan MPSM Sepang. Program lawatan tersebut telah diadakan pada 21 hingga 24 Oktober 2013. Kami telah menerima layanan yang sangat baik lagi mesra semasa melawat antara sekolah-sekolah terbaik di Kelantan iaitu;
1. SK Othman Talib 2 (SKOT2), Pasir Mas dan
2. Maktab Sultan Ismail (SIC), Kota Bharu 
   Sepanjang berada di Kelantan, ahli rombongan telah sempat shopping di Rantau Panjang, Pangkalan Kubor, Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah. Memang 'mabuk' dibuatnya apatah lagi masa terlalu mencemburui kami. Namun, syukur tercapai jua hajat-hajat di hati untuk mendapatkan keperluan sendiri serta untuk dibawa balik sebagai ole-ole buat kawan-kawan dan ahli keluarga di Sepang.
 Menginap di Perdana Resort, PCB
 Di SKOT2, Pasir Mas
 Di pintu pagar kedai serunding
 Cantiknya batik...
 Terserempak dengan Yusri dan Lisa Surihani sedang shooting di Wakaf Che Yeh
Di Maktab Sultan Ismail
 Jamuan di Selera Legenda Warisan, Kota Bharu
 Di Nordin Batik
 Slot Bersama PPD
Balik : Shopping lagi

Saturday, October 19, 2013

Seminar Integriti

Bertempat di SMK Seri Sepang, saya bersama semua guru SK Kota Warisan berserta 4 lagi sekolah lain iaitu SMK Seri Sepang sendiri, SK Kg. Bharu Lanjut, SJK(T) Ladang Bute dan SJK(C) Chio Chiao telah menghadiri Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP). Ceramah yang disampaikan oleh En. Saruchi bin Sawal sangat menarik serta berkesan sekali. Semoga guru-guru akan dapat menghayati serta mengamalkn integriti dalam kehidupan seharian khususnya sewaktu menjalankan tugas selaku pendidik...

Thursday, October 3, 2013

Pemantauan vs penilaian

Pemantauan aka penilaian adalah makanan ruji setiap pentadbir dan sekolah. Hari ini sekolah didatangi 3 kumpulan pemantau atas tujuan berbeza. Ada yang pahit ada yang manis;
1) Pemantauan Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor (pemantauan pertandingan)
   Ini merupakan kali ke-3 berturut-turut SKKW menyertai pertandingan yang sama. Pada tahun 2011, SKKW mendapat Tempat Ketiga, tahun lepas (2012) kami dapat Tempat Ke-2, semoga tahun 2013 ini, kami berjaya membaiki kedudukan tersebut dan menjadi Johan, Insya Allah - doakan bersama-sama..
Laporan lanjut penilaian tersebut sila klik blog PPDa SKKW di sini.
2) Pemantauan Kantin (pemantauan mengejut)
   Ekoran penutupan sementara kantin SKKW sejak Isnin (30.9.2013) lepas (makluman lanjut di sini), pihak PPD Sepang serta JPN Selangor telah turun ke sekolah pada sebelah pagi untuk membuat siasatan dan membimbing pentadbiran sekolah dalam mengurus kejadian tersebut. Saya terpaksa meninggalkan rombongan hakim penilai PPDa yang melawat di sekitar sekolah untuk melayani masalah tersebut...
Menyemak fail kantin
3) Pemantauan LINUS (pemantauan biasa)
   Pada sebelah petang, melayan pemantauan LINUS oleh pegawai LINUS dari PPD Sepang pula. Setelah berbincang serba sedikit dengan pegawai berkenaan, beliau masuk ke kelas melihat guru LINUS mengajar. Semoga guru-guru sentiasa menjalankan tugas dengan baik dan bersedia untuk dicerap pada bila-bila masa sahaja..
 Pegawai LINUS berbincang dengan Cikgu Lili
   Pendek kata, setiap pemantauan mempunyai objektif yang sama iaitu memartabatkan pendidikan negara. Pihak sekolah sentiasa bersiap siaga untuk apa jua pemantauan dengan segala bagai fail, dokumentasi, perancangan dan seumpamanya.
   Semoga kami akan berjaya dalam pertandingan yang kami sertai, masalah kantin dapat dihuraikan dengan bijaksana dan p & p LINUS berada di atas trek yang betul. Terima kasih diucapkan kepada para pemantau dan penilai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...