Tuesday, December 28, 2010

Kakiku patah

Ini gambar saya di Hospital Putrajaya tengah hari tadi. Kaki saya kena simen setelah saya jatuh 2 mata tangga kat rumah lebih 2 minggu lalu (10 Disember 2010). Masa jatuh hari tu, saya dah pergi klinik tapi doktor kata tak ada apa-apa. So, saya dah jalan merata. Oleh kerana kaki saya masih belum baik selepas balik dari Langkawi Ahad lepas, saya pergi sekali lagi ke klinik yang sama. Hasil x-ray semalam, tulang kaki saya tu patah rupanya.
   So, tadi saya pun pergilah buat rawatan susulan dengan berbekalkan filem x-ray tu ke Hospital Putrajaya. Tak sampai 2 jam, saya dah boleh balik dengan kaki bersimen. Saya dapat cuti sakit sampai 25 Januari 2011. Jarang mc, sekali dapat mc sampai 29 hari.  
   Minta maaf banyak-banyak buat semua GPK, guru, staf dan murid. Pada ketika sesi persekolahan baru nak buka, saya terpaksa meninggalkan pentadbiran dan pengurusan sekolah di tangan GPK-GPK. Namun saya percaya semua pihak akan memberi kerjasama yang baik kepada Pn. Shikin yang akan memangku tugas Guru Besar. Kesibukan adalah makanan kita. Buat kerja masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan profesional. Insya Allah segala-galanya akan berjalan lancar.

Suasana kantin baru

Tahun ni SKKW menerima pengusaha kantin baru. Awal-awal lagi kami dah nampak kesungguhan pengurus kantin baru kami ni - En. Roslan namanya. Awal Disember lagi, pekerja-pekerjanya telah mengecat dinding kantin luar dan dalam, siang dan malam. Kerusi meja murid dan kaunter jualan dilapik alas meja dan skirting yang sangat cantik. Kerusi meja guru juga telah diganti. Lihatlah gambar-gambar suasana kantin yang sedang diceriakan yang sempat saya rakamkan pagi tadi.
Terima kasih pekerja sekolah yang telah mengecat pagar dengan begitu cantik dan kemas sekali
Cat baru kantin
Skirting dan alas meja makan murid yang baru
Meja jualan kantin
Tempat makan guru dalam proses diceriakan

Tahniah En. Roslan! Semoga segala visi dan misi yang tuan janjikan untuk memantap dan memperkasakan pengurusan kantin SKKW akan ditunaikan. Kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada tuan.....

Monday, December 27, 2010

Mesyuarat Pengurusan 1/2011

Lama betul tak update blog ni. Sebenarnya banyak juga aktiviti sepanjang tak berblog. Selain  hari-hari pi sekolah buat kerja, selang-seli dengan pi kursus, mesyuarat termasuklah  cuti-cuti Malaysia kat JB dan Langkawi. Diam tak diam, lagi seminggu sekolah dah nak buka. Hari ini sebagaimana yang dirancang, kami mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pertama 2011. Sebelum tu, jom tengok suasana baru pejabat SKKW (ooppss bukan nak menunjuk-nunjuk, saja untuk tatapan cikgu-cikgu yang dah lama tak datang sekolah tu...)
Pekerja sedang mencuci tempat perhimpunan
Lobi pejabat
Pigeon hole guru-guru yang dah bertambah
Bilik cetak
Pejabat berlangsir baru
Skirting pun baru
Bilik GPK Koku
 Bilik GPK 1 - Pn. Shikin berbincang dengan Din pasal jadual waktu
Bilik GPK HEM
Sofa baru bilik GB
Langsir baru bilik GB
Seriusnya GB ni...
Posing jap sebelum meeting
Mesyuarat Pengurusan kali pertama bagi tahun 2011
Inilah cameramannya yang handsome!

Sunday, December 12, 2010

Kenduri anak Pek Tam Hassan

Hari ni berkesempatan menghadiri kenduri perkahwinan sepupu sebelah ibu kandung saya: Emi di Ayer Merbau, Jasin, Melaka. Emi adalah anak sulung Pek Tam Hassan tok sidang Kampung Ayer Merbau. Mek Tam Ain pun bukan orang lain - sepupu ayah saya. Seronok dapat jumpa ramai sedara mara sebelah emak dan ayah saya yang kebanyakannya lama tak jumpa.
Ayu dan Alang dgn emak-emak sedara kamceng 
Bersama Makndak Johor
Bersama Pak Lang Mail (ayah adik Isa yang lama menghilang)
Bersama sepupu - Leman
Bersama Cu, Bangah Lan dan Pak Su
Bersama Paknjang Deris
Emak dan Zairul
Ayu dgn Maksu Ellanya
Saudara-maraku

Saturday, December 11, 2010

Karnival Hijrah PAID

Di padang SKKW pagi ini diadakan pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang. Terdapat 8 pasukan yang mengambil bahagian termasuk 2 pasukan mewakili Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Pertandingan ini adalah salah satu di antara program Karnival Hijrah PAID Sepang. Karnival ini berlangsung selama 2 hari yakni semalam dan hari ini. 
Pegawai pengelola pertandingan Ustaz Fadhil dari PAID Sepang bersama En. Hamdan -  Pengerusi Surau Al-Hijrah Kota Warisan
Pertandingan dijalankan secara liga
Perlawanan sengit
Ustaz Irwan penjaga gol Charlie FC KW
Detik-detik gawang Charlie FC dibolosi. Gol!

Pada masa yang sama, di Surau Al-Hijrah KW, sedang berlangsung Majlis Meraikan Pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang Mumtaz PSRA dan 5A UPSR daerah Sepang. Sumbangan tersebut adalah daripada pihak JAIS. Semalam murid-murid yang sama telah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Sepang YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed di Dewan Serbaguna BBST. Tahniah kepada semua murid cemerlang tersebut. Semoga insentif yang diterima ini dapat menjadi pendorong agar mereka terus cemerlang pada masa depan.
Hadirin daripada seluruh Sepang
Mewah hadiahnya
Kaum Muslimat surau menggulung kalendar surau untuk dijual
Jualan sempena Minggu Maal Hijrah Surau Al-Hijrah KW

Hari ini hari terakhir Sambutan Minggu Maal Hijrah Kota Warisan. Kejap lagi nak pergi Majlis Perasmian Penutupan sambutan. Ada Forum Maal Hijrah "Baiti Jannati". Panel terdiri daripda Prof. Dr. Saedah Abd. Ghani dan Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz. Chao.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...