Tuesday, December 28, 2010

Suasana kantin baru

Tahun ni SKKW menerima pengusaha kantin baru. Awal-awal lagi kami dah nampak kesungguhan pengurus kantin baru kami ni - En. Roslan namanya. Awal Disember lagi, pekerja-pekerjanya telah mengecat dinding kantin luar dan dalam, siang dan malam. Kerusi meja murid dan kaunter jualan dilapik alas meja dan skirting yang sangat cantik. Kerusi meja guru juga telah diganti. Lihatlah gambar-gambar suasana kantin yang sedang diceriakan yang sempat saya rakamkan pagi tadi.
Terima kasih pekerja sekolah yang telah mengecat pagar dengan begitu cantik dan kemas sekali
Cat baru kantin
Skirting dan alas meja makan murid yang baru
Meja jualan kantin
Tempat makan guru dalam proses diceriakan

Tahniah En. Roslan! Semoga segala visi dan misi yang tuan janjikan untuk memantap dan memperkasakan pengurusan kantin SKKW akan ditunaikan. Kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada tuan.....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...