Saturday, December 11, 2010

Karnival Hijrah PAID

Di padang SKKW pagi ini diadakan pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang. Terdapat 8 pasukan yang mengambil bahagian termasuk 2 pasukan mewakili Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Pertandingan ini adalah salah satu di antara program Karnival Hijrah PAID Sepang. Karnival ini berlangsung selama 2 hari yakni semalam dan hari ini. 
Pegawai pengelola pertandingan Ustaz Fadhil dari PAID Sepang bersama En. Hamdan -  Pengerusi Surau Al-Hijrah Kota Warisan
Pertandingan dijalankan secara liga
Perlawanan sengit
Ustaz Irwan penjaga gol Charlie FC KW
Detik-detik gawang Charlie FC dibolosi. Gol!

Pada masa yang sama, di Surau Al-Hijrah KW, sedang berlangsung Majlis Meraikan Pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang Mumtaz PSRA dan 5A UPSR daerah Sepang. Sumbangan tersebut adalah daripada pihak JAIS. Semalam murid-murid yang sama telah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Sepang YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed di Dewan Serbaguna BBST. Tahniah kepada semua murid cemerlang tersebut. Semoga insentif yang diterima ini dapat menjadi pendorong agar mereka terus cemerlang pada masa depan.
Hadirin daripada seluruh Sepang
Mewah hadiahnya
Kaum Muslimat surau menggulung kalendar surau untuk dijual
Jualan sempena Minggu Maal Hijrah Surau Al-Hijrah KW

Hari ini hari terakhir Sambutan Minggu Maal Hijrah Kota Warisan. Kejap lagi nak pergi Majlis Perasmian Penutupan sambutan. Ada Forum Maal Hijrah "Baiti Jannati". Panel terdiri daripda Prof. Dr. Saedah Abd. Ghani dan Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz. Chao.....

4 comments:

  1. salam maal hijrah...aktiviti mengeratkan silaraturahim.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Salam Maal Hijrah kak, walau agak terlambat,
    Semuga tahun ini menjadi yang terbaik dari yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Salam Sonata, Zino dan Lipislady. Terima kasih sudi singgah. Kerjasama membawa berkat. Salam Maal Hijrah semua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...