Sunday, December 5, 2010

Harijadiku

Sedar tak sedar, hari ini 5 Disember 2010 dah 47 tahun saya dilahirkan oleh arwah ibu saya; Rahmah binti Hj. Muharram yang telah kembali ke rahmatullah lebih 45 tahun yang lalu. Ayah saya; Mohd. Ali bin Ithnin  juga telah meninggalkan kami lebih setahun yang lalu. Terima kasih emak dan ayah kerana telah melahirkan saya ke dunia ini. Al Fatihah buat mereka berdua.
   Tak ketinggalan setinggi-tinggi penghargaan buat emak tiri saya yang sangat saya sayangi; Pn. Ariyah binti Ithnin. Jasa emak mendidik dan membesarkan saya hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Selamat Hari Lahir juga buat emak pada 3 Disember 2010 yang lepas. 
Happy Birthday to me.....

18 comments:

  1. Happy birthday to you..
    Semoga sihat selalu,
    Semoga dimurahkan rezeki
    Dipanjangkan umur, hingga akhir nanti.

    ReplyDelete
  2. moga diberi keberkatan dalam menjalani kehidupan seterusnya..........

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir :)



    p/s - sama umur ngn kakak sulung saya,cikgu gak :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak Nora, Ibu Guru dan cik Shinju atas ingatan kalian.

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu.
    Selamat Hari Jadi.Semoga cikgu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt.Semoga sihat walafiat disamping keluarga tersayang kerana sihat itu rezeki dari Allah swt yang tiada nilainya.

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu Roha. Terima kasih. Moga cikgu juga sihat sentiasa bersama keluarga

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum,
    Ckg, Slmt Menyambt Ulangtahun Kelahiran yg ke-47. Moga diberkati & sentiasa dlm rahmatNya... tak sedar rupanye diri ini pun serupe juge...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam ckgu Rash. Tkasih. Tapi, apa yang serupanya ya?

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Jadi puan. Semoga sihat dan dimurahkan rezeki sentiasa. Cikgu memang awet muda.

    ReplyDelete
  10. Thank you Maria. Tapi mana boleh lawan Maria yang cantik, ceria dan sentiasa manissss...

    ReplyDelete
  11. hari & bulan yg serupa tp tahun tak sama...

    ReplyDelete
  12. Oh ye ke? Selamat Hari lahir juga buat cikgu Rash. Semoga panjang umur, murah rezeki dan beroleh kesejahteraan bersama keluarga.

    ReplyDelete
  13. Salam CIKGU AIDA

    Selamat Hari Lahir, Cikgu Aida. Semoga sentiasa sihat & dirahmati Allah.

    Alahai, bila banding-banding dgn umur sendiri, mudanyalah cikgu... hihihi. Teruskan kerja kuat, Cikgu, tapi jangan sampai stress.

    ReplyDelete
  14. Assalam saudara Aida A..
    Owa...tahniah di usia ini, pasti lebih matang menjalani kehidupan..Selamat Hari Lahir ya..
    Jemputlah menjenguk eW2K..jika ada kelapangan..salam maal hijrah juga yang menjelang esok..1432 Hijrah ..moga bertambah berkat.

    ReplyDelete
  15. Salam...Cikgu Aida...

    SElamat Hari Lahir...dan yang penting...
    Hari lahir kita sama...dan di tahun yang sama...
    huwwwwaaa...seronoknya...jumpa...

    ReplyDelete
  16. Salam cikgu Temuk. Tkasih atas ucapan tersebut. Tak ada mana mudanya saya ni. Angka hanya sekadar nombor. Kerja kena keras + enjoy. Insya Allah tak naklah sampai stres...

    Salam cikgu Etuza. TQ. Salam Maal Hijrah juga buat etuza sekeluarga.

    Salam cikgu Roslaini. Betul ke tarikh dan tahun lahir kita sama? Best tu kalau dapat jumpa.

    ReplyDelete
  17. Salam, selamat hari lahir juga drp saya dan alfatihah buat ayah bonda Cikgu Aida.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih En. Yassin. Salam Maal Hijrah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...