Tuesday, December 28, 2010

Kakiku patah

Ini gambar saya di Hospital Putrajaya tengah hari tadi. Kaki saya kena simen setelah saya jatuh 2 mata tangga kat rumah lebih 2 minggu lalu (10 Disember 2010). Masa jatuh hari tu, saya dah pergi klinik tapi doktor kata tak ada apa-apa. So, saya dah jalan merata. Oleh kerana kaki saya masih belum baik selepas balik dari Langkawi Ahad lepas, saya pergi sekali lagi ke klinik yang sama. Hasil x-ray semalam, tulang kaki saya tu patah rupanya.
   So, tadi saya pun pergilah buat rawatan susulan dengan berbekalkan filem x-ray tu ke Hospital Putrajaya. Tak sampai 2 jam, saya dah boleh balik dengan kaki bersimen. Saya dapat cuti sakit sampai 25 Januari 2011. Jarang mc, sekali dapat mc sampai 29 hari.  
   Minta maaf banyak-banyak buat semua GPK, guru, staf dan murid. Pada ketika sesi persekolahan baru nak buka, saya terpaksa meninggalkan pentadbiran dan pengurusan sekolah di tangan GPK-GPK. Namun saya percaya semua pihak akan memberi kerjasama yang baik kepada Pn. Shikin yang akan memangku tugas Guru Besar. Kesibukan adalah makanan kita. Buat kerja masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan profesional. Insya Allah segala-galanya akan berjalan lancar.

14 comments:

  1. Semoga kaki Aidah segera sembuh dan boleh kembali bertugas. Tentu semangat baru untuk tahun baru berkobar-kobar tapi apakan daya. Saya percaya sekolah boleh berjalan seperti biasa.

    ReplyDelete
  2. Salam PN. begitulah kata org kalau dah nak malang nak buat macam mana. Semoga cepat sembuh dan dapat berkhidmat seperti biasa.

    ReplyDelete
  3. salam Kak Aida..
    aduhai..kesiannya..
    moga kembali sembuh seperti
    sediakala..

    ReplyDelete
  4. Salam PnGB
    harap cepat sembuh...
    bosan cuti lelama kan?
    sya pun jarang mc
    tak suka, selagi terdaya gagahkan g kerja.

    ReplyDelete
  5. Salam semua, terima kasih atas doa kalian.

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Aida
    Kesihannya! Macam mana boleh tersilap anak tangga? Semoga Cikgu segera sembuh & cepat bertugas semula. Cerialah selalu.

    ReplyDelete
  7. Entahlah cikgu Temuk. Hari-hari turun tangga yang sama, boleh hari tu silap perhitungan - ingat dah last. Terjelepuk jadinya... Tkasihlah.

    ReplyDelete
  8. Semoga cikgu cepat sembuh.... Amin

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Aida...

    Semoga cepat sembuh..
    Rehat la puas dlm tempoh MC ni k..
    Jgn bwk berjalan sgt..

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu.
    Hari ini baru ada kesempatan on blog.
    Terperanjat membaca n3 cikgu ni. Apapun, semoga cikgu sabar dan cepat sembuh dan boleh menjalankan tugas seperti sediakala.
    Orang yang sabar, Allah swt sayang.

    ReplyDelete
  11. Salam En. Haire - Tkasih. Selamat menerima cahayamata baru

    Salam cik Shinju - Nak rehat puas-puaslah ni. TQ

    Salam Roha - Tkasih. Selamat Menyambut Tahun Baru

    ReplyDelete
  12. Laaa, kesiannya cikgu. Moga cepat sembuh....

    ReplyDelete
  13. Sekolah nak buka dah ni cikgu..moga cepat baik kaki itu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...