Tuesday, November 30, 2010

Cat pagar

Lama dah terima tong-tong cat dari PPD. Kami dah cat dewan dan beberapa tempat kat sekolah tu tapi masih ada lebih. Kesempatan cuti sekolah ni, saya minta tolong pekerja-pekerja swasta sekolah tu cat pagar. Untuk mengecat keseluruhan pagar luar dalam, macam tak cukup. So, saya minta mereka catlah setakat yang ada. 
   Kerja-kerja mengecat dah dimulakan sejak Jumaat lepas. Hari ni kata Wak Jaman, cat merah dah habis. Orait, belilah setong untuk mengimbangi cat kuning. Jadilah tu....
Kerja-kerja mengecat dilakukan oleh En. Jaman dan En. Jamil. Anak En. Jamil turut membantu
Cantik dah pagar sekolah
Morietta bertugas hari ni, Diana pula buat kerja sikit lepas habis pantang
Odie dan Zanie ceria sokmo
Hari ni terima 90 buah kerusi dan meja murid
Tumpang kejap kat bilik Disiplin
Pagi tadi pegawai dari Pejabat Kesihatan datang buat pemeriksaan aedes. Syukur tak ada jentik-jentik yang ditemui......
Kerja-kerja membaiki tandas prasekolah telah dimulakan sejak semalam. Terima kasih JPS dan PPD....

Monday, November 29, 2010

Program Permuafakatan Kewangan MGB Sepang

Hasil Meyuarat AJK MGB Sepang yang lepas, hari ini Majlis Guru Besar (MGB) Sepang dengan kerjasama MGB Zon Salak telah menganjurkan Program Permuafakatan Pengurusan Kewangan Sekolah Daerah Sepang (Zon Salak) yang diadakan di SK Taman Seroja. Objektif program ini adalah "Ke Arah Menggarap Audit Tanpa Teguran Sangat Baik". Sebanyak 7 buah sekolah Zon Salak dan 15 buah sekolah jemputan telah menyertai program berbentuk bengkel dan pembentangan ini. Setiap sekolah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 3 orang iaitu GB / GPK / KPT / PT. Malahan ada yang menghantar sehingga 5 penyertaan. KPT PPD Sepang; En. Zainudin Basuni telah bersama-sama kami dari mula hingga tamat program pada jam 5.30 petang. Menurut En. Din, terdapat sekolah yang sebelum ini tidak pernah menerima Audit Berteguran telah menerima Audit Berteguran pada tahun ini. Ini menunjukkan semua pentadbir dan Pembantu Tadbir harus sentiasa mengemaskini ilmu berkait pengurusan kewangan ini dengan lebih serius lagi. 
   Sesungguhnya usaha yang digerakkan oleh GB SK Taman Seroja; En. Misnon ini sangat baik. Walaupun hanya beberapa sekolah sahaja yang dapat membuat pembentangan oleh kerana kesuntukan masa, namun hasil dialog berkaitan isu kewangan bersama En. Din telah merungkai banyak persoalan. Malahan MGB merasakan program ini perlu ada susulan khususnya dari pihak PPD agar lebih banyak permasalahan berkaitan pengurusan kewangan ini dapat dibincangkan. Segala teguran lisan dan bertulis setiap sekolah sebaik-baiknya dikupas bersama. Selain mencari penyelesaian bagi sekolah-sekolah berkenaan, diharap dapat dijadikan panduan kepada sekolah-sekolah yang lain juga. Senario masa kini - 'terlepas kali ini belum tentu terlepas pada masa depan' - nampaknya merupakan alasan kukuh betapa semua sekolah perlu mendalami ilmu kewangan dan pengauditan. 
En. Misnon GB SK Taman Seroja memberi ucapan aluan
Sambutan sangat menggalakkan
Hari ni serba hijau
KPT PPD Sepang En. Zainudin Basuni memberi ucapan
Wakil SKKW - GB, GPK1 Pn. Shikin, KPT Sabar dan PT Odie berbengkel di Makmal Komputer
GB SK Salak En. Azman membentangkan tajuk 'Perolehan'

Kenduri kahwin anak Tn. Hj. Harun

Sejak cuti sekolah ni, terasa lama tak update blog ni. Sampai terlupa password huhu. Sebagai Guru Besar, saya tak cuti, kerja seperti biasa. Sepatutnya ke Bandung bersama Kelab Guru dan Kakitangan pada 21 - 24 November 2010 hari tu tapi dibatalkan sebab Air Asia dah block. Heran juga sebab ada beberapa group masih boleh lepas ke Bandung tu. Dua bulan dulu cancel trip  ke Bangkok sebab ada majlis APC dan Konvo Along. Hai... bilalah nak dapat cuti-cuti kat luar negara ni? Dalam Malaysia pun tak puas. Kalau tak kursus, tak jalanlah nampaknya.
   Contohnya; Selasa lepas 16 - 18 November 2010, ke Port Dickson hadir Mesyuarat Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Banyaknya kerja menanti guru-guru Tahun 1 dan pentadbir. Kos pun boleh tahan! 
   Geram nak jalan, saya telah mengikut Awie and the gang ke Kedah memenuhi undangan majlis perkahwinan anak Tn. Hj. Harun mantan pensyarah IAB (Utara) kami semasa kami belajar NPQH pada tahun 2004 dulu. Bestlah sangat dapat reunion dengan kawan-kawan dan pensyarah. Atas usaha mantan pensyarah IAB(U) yang turut serta; Tn. Syed Putra, kami dapat tidur di asrama baru IAB(U). Terima kasih...
Bersama pensyarah-pensyarah IAB Utara termasuk Pengarah IABU - Tn. Hj. Ghani
Bersama Pn. Hajah Norihan
IAB Utara dah berubah makin cantik
Di lobi asrama
Pengantin lelaki anak Tn. Hj. Harun - majistret!
Kenangan dengan bapa pengantin yang banyak berjasa kepada kami
Jumpa lagi di reunion yang akan datang

Saturday, November 20, 2010

Dinner oh Dinner

Selesai sudah acara Majlis Makan Malam Amal PIBG yang ditunggu-tunggu. Mata saya pun tak nak lelap sebab teruja sangat nak masukkan entri ni. Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana segala-galanya telah berjalan dengan lancar. Diharap semua jemputan berpuas hati dengan persembahan Rabbani dan jamuan tadi. Kepada AJK majlis terutama guru, diucapkan tahniah atas komitmen semua. Terima kasih banyak buat semua penyumbang dan hadirin yang memberi sokongan. Tak lupa setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Hj. Norhasnan dan En. Ahmad Rahimi yang sudi hadir mewakili Tuan PPD Sepang.  
   Antara acara pada majlis tersebut adalah penyampaian hadiah kepada 14 orang murid yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Hadiah berbentuk wang tunai disumbangkan oleh PIBG dan Z & SR Architectural Ventures. Kerusi murid-murid tersebut pada malam itu pula telah ditaja oleh En. Himily Hairul. Selain itu, acara cabutan nombor bertuah telah diadakan sebanyak 4 kali tidak termasuk 3 hadiah utama percutian di hotel di Port Dickson. Semuanya berjumlah 46 hadiah. Di luar dewan pula, diadakan jualan hasil kerja murid untuk mengisi tabung PIBG.     
   Dalam majlis itu juga, telah dilancarkan tabung Dana PIBG SK Kota Warisan. Naib YDP PIBG dan GB telah melaksanakan pelancaran tersebut dengan memasukkan sumbangan masing-masing ke dalam 2 buah tabung yang dipegang oleh 2 orang murid. Tabung-tabung tersebut seterusnya diedarkan kepada para hadirin. Tabung tersebut akan dikeluarkan pada setiap kali aktiviti dan program sekolah yang melibatkan ibu bapa dan orang-orang luar. Hasil daripada tabung tersebut akan digunakan untuk membiayai program-program kecemerlangan sekolah yang sentiasa memerlukan bantuan kewangan . Di akhir majlis, juruacara mengumumkan kutipan tabung pada malam tersebut adalah berjumlah sebanyak RM1,252.60. 
   Terima kasih semua. Apa lagi nak diucapkan - Tahniah! Tahniah! Tahniah! Selamat Bercuti buat semua guru. Saya yakin kita bukan menyambung kerja ("dengan senyum lebar") dalam tempoh sekolah lain bercuti semata-mata kerana nak makan. Apa sangatlah makanannya, kan. Malahan yang lebih penting ialah, semuanya atas nama tugas dan komitmen. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan saya sebagai Guru Besar sangat terharu atas semangat ini.......
Lokasi dinner di Nilai Springs

Kad jemputan yang simple
Buku program
Perbincangan
Chair ribbon disediakan oleh En. Latib
Backdrop  FOC - save budget
Din dan Fairuza raptai skrip
Panorama hotel yang sangat indah
Guru-guru mula datang
AJK Pendaftaran sibuk
Murid-murid Tahun 6 berlatih persembahan
Staf SKKW yang cun
Ibu dan anak sama-sama vogue
Gerai jualan hasil kerja murid
Bersama En. M.Khir Petronas Dagangan Berhad dan En. Rahimi dari PPD Sepang
Meja VIP 1
Meja VIP 2
Amir mengetuai doa
Ucapan GB
Ucapan perasmian Naib YDP PIBG - ustaz Irwan
Pelancaran tabung Dana PIBG SK Kota Warisan
Jemputan berjumlah lebih 260 orang
Rabbani menghiburkan para hadirin
Jamuan makan bermula
Jemputan VIP dilayan petugas hotel
Terima kasih En. Munir atas sumbangan RM5,000.00 beliau
Sumbangan untuk murid 5A
Farizul terima hadiah cabutan bertuah
AJK Hadiah dan Cabutan Bertuah
Persembahan murid cemerlang UPSR
Rabbani melayan anak-anak di pentas
Edy nak jadi pilot Air Asia
Ustz Fazli sporting - menyanyi lagu Rabbani
Cabutan bertuah 3 hadiah utama
Terima kasih Hj. Norhasnan dan En. Rahimi
Jualan barang-barang Rabbani
Bergambar ramai dengan guru-guru
Guru-guru lelaki dengan En. Nor Aziz
Bersama murid-murid cemerlang 5A
Azlee dan Haryati - bakal pengacara pelapis yang comel
Rusnah dah kurus
Dengan Din
Dengan usahawan muda - Salmi

Door gift yang boleh tahan classnya
(Minta maaf semua ya sebab terpaksa cancel Aishah - tak cukup bajet)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...