Monday, November 29, 2010

Program Permuafakatan Kewangan MGB Sepang

Hasil Meyuarat AJK MGB Sepang yang lepas, hari ini Majlis Guru Besar (MGB) Sepang dengan kerjasama MGB Zon Salak telah menganjurkan Program Permuafakatan Pengurusan Kewangan Sekolah Daerah Sepang (Zon Salak) yang diadakan di SK Taman Seroja. Objektif program ini adalah "Ke Arah Menggarap Audit Tanpa Teguran Sangat Baik". Sebanyak 7 buah sekolah Zon Salak dan 15 buah sekolah jemputan telah menyertai program berbentuk bengkel dan pembentangan ini. Setiap sekolah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 3 orang iaitu GB / GPK / KPT / PT. Malahan ada yang menghantar sehingga 5 penyertaan. KPT PPD Sepang; En. Zainudin Basuni telah bersama-sama kami dari mula hingga tamat program pada jam 5.30 petang. Menurut En. Din, terdapat sekolah yang sebelum ini tidak pernah menerima Audit Berteguran telah menerima Audit Berteguran pada tahun ini. Ini menunjukkan semua pentadbir dan Pembantu Tadbir harus sentiasa mengemaskini ilmu berkait pengurusan kewangan ini dengan lebih serius lagi. 
   Sesungguhnya usaha yang digerakkan oleh GB SK Taman Seroja; En. Misnon ini sangat baik. Walaupun hanya beberapa sekolah sahaja yang dapat membuat pembentangan oleh kerana kesuntukan masa, namun hasil dialog berkaitan isu kewangan bersama En. Din telah merungkai banyak persoalan. Malahan MGB merasakan program ini perlu ada susulan khususnya dari pihak PPD agar lebih banyak permasalahan berkaitan pengurusan kewangan ini dapat dibincangkan. Segala teguran lisan dan bertulis setiap sekolah sebaik-baiknya dikupas bersama. Selain mencari penyelesaian bagi sekolah-sekolah berkenaan, diharap dapat dijadikan panduan kepada sekolah-sekolah yang lain juga. Senario masa kini - 'terlepas kali ini belum tentu terlepas pada masa depan' - nampaknya merupakan alasan kukuh betapa semua sekolah perlu mendalami ilmu kewangan dan pengauditan. 
En. Misnon GB SK Taman Seroja memberi ucapan aluan
Sambutan sangat menggalakkan
Hari ni serba hijau
KPT PPD Sepang En. Zainudin Basuni memberi ucapan
Wakil SKKW - GB, GPK1 Pn. Shikin, KPT Sabar dan PT Odie berbengkel di Makmal Komputer
GB SK Salak En. Azman membentangkan tajuk 'Perolehan'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...