Wednesday, November 3, 2010

Hi-tea Deco Tahun 6

Sebaik sahaja selepas UPSR yang lalu, sekolah telah merancang dan melaksanakan Program Pasca UPSR untuk murid-murid Tahun 6. Setiap hari sehingga penghujung tahun pelbagai aktiviti telah dan akan dijalankan sepanjang bulan Oktober dan November. Ini termasuklah:
1.   Solat Hajat dan Bacaan Yaasiin setiap hari Jumaat 
2.   Bestari Solat
3.   Puisi Sains
4.   Kraftangan
5.   Ceramah Awal Remaja
6.   Motivasi Sahsiah
7.   Gotong Royong
8.   Linus Express
9.   Pertandingan Melukis Poster
10. Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring
11. Pertandingan Gubahan Kain
12. Spell It Right
13. Cross Word Puzzle
14. Sukaneka
15. Play Dough
16. Pertandingan Sajak
17. Sudoku
18. Lawatan Sambil Belajar
19. Kuiz Bahasa Melayu
20. Mission Impossible - Math
21. Reka Cipta Sains
22. Pertandingan Hi-Tea Deco
23. Pertandingan Nasyid
24. Talentime
25. Projek Kebun Sains
26. Ceramah Kerjaya
27. Majlis Penutup Program
   Kesemua aktiviti itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada murid-murid Tahun 6. Jelas sekali murid-murid SKKW ini sangat berbakat. Tahniah kepada barisan guru-guru tahun 6 yang telah merancang dan melaksanakan program ini dengan bersungguh-sungguh dan amat berkesan sekali. 
   Maaflah tidak semua aktiviti itu dapat saya sertai atas hambatan tugas. Banyak yang tidak dapat saya kongsikan dalam blog ini kerana saya menghadapi masalah untuk mengupload gambar tempoh hari. Namun saksikanlah persembahan dan bakat murid-murid Tahun 6 dalam Pertandingan Hi-tea Deco yang telah diadakan di kantin sekolah pagi tadi. Sebanyak 18 kumpulan telah mempersembahkan kreativiti masing-masing. Saya telah dijemput sebagai pengadil.

Macam-macam gaya, nyum-nyum
Masa untuk mengadili....
Alamak banyak gambar pengadillah pulak....dengan berbagai-bagai aksi lagi
(jangan marah eh..)
Masa untuk makan.......

2 comments:

  1. Tahniah..tahniah..untuk warga SKKW terutama untuk Guru Besar Pn Rohaidah bt Ali..yang berkaliber memimpin..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak Lisa. Tapi akak jangan tak tau PIBG saya kata kami gagal sebab bil. 5A kami jatuh 2 orang. Ranking no. 2 daerah dan % yang tinggi langsung tak memberi kesan kepada persepsi mereka. Nasib kamilah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...