Ini gambar saya di Hospital Putrajaya tengah hari tadi. Kaki saya kena simen setelah saya jatuh 2 mata tangga kat rumah lebih 2 minggu lalu (10 Disember 2010). Masa jatuh hari tu, saya dah pergi klinik tapi doktor kata tak ada apa-apa. So, saya dah jalan merata. Oleh kerana kaki saya masih belum baik selepas balik dari Langkawi Ahad lepas, saya pergi sekali lagi ke klinik yang sama. Hasil x-ray semalam, tulang kaki saya tu patah rupanya.
So, tadi saya pun pergilah buat rawatan susulan dengan berbekalkan filem x-ray tu ke Hospital Putrajaya. Tak sampai 2 jam, saya dah boleh balik dengan kaki bersimen. Saya dapat cuti sakit sampai 25 Januari 2011. Jarang mc, sekali dapat mc sampai 29 hari.
Minta maaf banyak-banyak buat semua GPK, guru, staf dan murid. Pada ketika sesi persekolahan baru nak buka, saya terpaksa meninggalkan pentadbiran dan pengurusan sekolah di tangan GPK-GPK. Namun saya percaya semua pihak akan memberi kerjasama yang baik kepada Pn. Shikin yang akan memangku tugas Guru Besar. Kesibukan adalah makanan kita. Buat kerja masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan profesional. Insya Allah segala-galanya akan berjalan lancar.