Thursday, March 10, 2011

Meeting aje

Hari ni hari terakhir Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah 1 (PKSR 1). Di sekolah ada macam-macam program. Meeting yang perlu saya hadiri hari ini ada 3 di 3 tempat berlainan. Jom tengok diari saya dari pagi sampai malam...
1) Murid-murid Pendidikan Khas hari ni pergi terapi air di Cyberjaya bersama guru-guru mereka.... 
Salmi mengurus murid Pendidikan Khasnya
Anikah mendukung muridnya masuk ke dalam kereta
Guru-guru dan PPM berbaju sedondon
Seronok nak mandi kolam
2) Jam 9.00 pagi, bermesyuarat Permuafakatan Bersama Agensi Kerajaan dan Komuniti Setempat di Bilik Mesyuarat SKKW....
Agensi yang hadir - AADK, Bomba, Polis dan Kesihatan
Membincangkan 2 program induk 3K sekolah iaitu Program 'Sayangi Diri Sayangi Sekolah' dan Program Gotong Royong Perdana
Terima kasih atas kehadiran YDP PIBG - Dr. Norizhar
Bergambar kenangan
3) Selesai PKSR 1, guru-guru meneruskan latihan choral speaking dan nasyid....
Maria dan Hafidah melatih peserta choral speaking
Ustaz Shakir melatih peserta nasyid
4) Jam 1.15 tengah hari, diadakan Jamuan Perpisahan anjuran Kelab Guru dan Kakitangan untuk Ustazah Aida....
Ucapan Pengerusi KGK - Roszila
Ucapan GB - Tahniah buat ustazah Aida
Ustazah Aida menyampaikan ucapan
Wajah sedih bakal GPK HEM
Bacaan doa
Cenderamata dari ustazah Aida buat KGK
Jamuan untuk guru-guru dan staf
Dua Aida saling mencedok lauk
Menikmati nasi tomato
5) Jam 4.00 petang, saya dah berada di Kelab Shah Alam menghadiri perjumpaan khas Exco Majlis Guru Besar Selangor....
Berbincang sambil makan-makan
6) Jam 9.00 malam pula, saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Zon Kota Warisan Majlis Perbandaran Sepang di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Majlis, Zon Kota Warisan, MPSepang. Banyak aktiviti dan program telah dirancang. Yang terdekat ialah Kempen Sihat pada 16 April 2011. Bersedia ya cikgu-cikgu kita kena urus pertandingan mewarna topeng. Terbuka kepada semua murid. Selain mewarna, ada acara senamrobik, derma darah, penjagaan kesihatan dll...
Saya dan En. Nor Aziz mengambil kesempatan menimbulkan masalah tapak sekolah menengah dan sekolah agama
Wakil penduduk menyampaikan aduan dan masalah
MPS merancang mengadakan 1 program setiap bulan. Semoga mendapat kerjasama semua penduduk

2 comments:

  1. Yalah kak Nora. Tapi main game pun boleh jadi penat juga badan dibuatnya hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...