Friday, March 25, 2011

SPM Alang

Rabu lepas (23 Mac 2011), keputusan SPM diumumkan. Saya dan Ayu menemani Alang ke sekolahnya; Sekolah Menengah Teknik Sepang untuk mengambil result.
Guru Media - Pn. Normi Yahya dengan laptopnya semasa pelancaran sistem pinjaman buku PSS menggunakan program 'S-Lib'
(Ucapan ribuan terima kasih buat En. Prem dan Pn. Siti Khadijah atas sumbangan 2 kotak buku cerita untuk PSS. Moga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin....)
Alang nak pergi ambil result
Suasana dalam dewan
Jumpa cikgu Yunus Yusak GB di Klang - sama-sama nak ambil result anak
Alang beratur
Ayu bagi semangat
Suspens
Wow!
Bergambar dengan budak 6A
Tahniah Alang!
   Petang tu juga, saya berangkat ke Permaisuri Resort, Port Dickson untuk menghadiri Taklimat Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bersama guru-guru besar 5 daerah di Selangor. Saya menumpang kereta Sa'diah - GB SK Cyberjaya. Taklimat diadakan selama 3 hari sehingga hari ini (Jumaat - 25 Mac 2011). Mesyuarat berkisar kepada pengurusan PBS melibatkan UPSR. 
Dengan Sa'diah dan Pn. Radziah - GB SK USJ20
Serumah dengan member karib - Simah dan Akmal
Ucaptama Pengarah JPS - Tn. Sulaiman b. Wak
   Sekembali dari PD, semua Guru Besar perlu mencari masa untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada guru-guru pula. Seterusnya guru-guru dan pentadbir sekolah akan melaksana dan menjalankan pentaksiran PBS ini dengan sebaik mungkin. Komitmen dan muafakat asas kecemerlangan tugas kita. 

7 comments:

  1. tahniah utk alang gak daghi teman. sonok anak cemerlang dlm ngaji kat sekolah.

    ReplyDelete
  2. tahniah buat Alang, moga terus cemerlang!!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Alang!!
    Selamat masuk U..huhuh :D

    ReplyDelete
  4. Tahniah Alang, moga terus success :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat Alang, lepas ni nak sambung mana pula?

    ReplyDelete
  6. Bagi pihak Alang, saya ucapkan terima kasih buat semua. Alang mohon IPG dan IPTA. Semoga dia berjaya, Insya Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...