Friday, March 11, 2011

Majlis "Send Off" ustazah Aida

Hari ini seorang lagi guru SKKW akan meninggalkan kami. Ustazah Aida binti Abdullah; guru Pendidikan Islam merangkap Pegawai Aset kami yang mula bertugas di SKKW sejak lebih 6 tahun yang lalu telah menerima surat arahan pertukaran naik pangkat sebagai GPK Hal Ehwal Murid (HEM) di SK Cyberjaya mulai 16 Mac 2011. Memandangkan GB SK Cyberjaya adalah Pn. Sa'diah, mantan GPK1 SKKW, saya telah berpakat dengan beliau untuk mengadakan Majlis "Send Off" ustazah Aida. 
   Majlis "Send Off"  merupakan majlis perpisahan dan penyerahan guru yang bertukar ke sekolah barunya. Saya mendapat idea ini daripada rakan-rakan GB negeri lain. Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk mengadakan majlis "Send Off"  ini bila ada staf saya yang bertukar naik pangkat. Alhamdulillah peluang tersebut tercapai apabila saya mendapat persetujuan Pn. Sa'diah. 
   Semoga majlis ini menjadi kenangan terindah buat ustazah Aida serta manifestasi rasa penghargaan kami buat beliau. Diharapkan majlis ini akan merapatkan lagi ukhwah sesama staf kami serta menjalin hubungan silaturrahim dengan warga SK Cyberjaya.
     Tuai padi antara masak,
     Esok jangan layu-layuan;
     Intai kami antara nampak,
     Esok jangan rindu-rinduan.
          Orang Acheh sedang sembahyang,
          Hari Jumaat tengah hari;
          Pergilah kasih pergilah sayang,
          Pandai-pandailah menjaga diri.
Seperti biasa pagi Jumaat ni dimulakan dengan bacaan Yasin
 Kemudian murid-murid dikumpulkan di dewan terbuka
Ustazah Aida diapit GB dan AJK PIBG - Pn. Azlin
Mc yang serius + sedih
 Bacaan doa oleh ustaz Amir
Ucapan Ketua Murid - Mohd. Fikri Asmady
Ucapan Selamat Berpisah dari GB
Kata-kata terakhir dari ustazah Aida
Persembahan nasyid
Kereta yang diraikan dihias indah oleh Maria n the gang
Ini kereta 'emak pengantin'
Sesi penyampaian hadiah dimulakan oleh murid-murid Pendidikan Khas
Wakil murid Tahun 3
Asiah mewakili Panitia Pendidikan Islam
Ni hadiah dari Kelab Guru dan Kakitangan
Hadiah dari PIBG
Ustazah Aida pun ada hadiah untuk GB Aida - syukran
Sesi bersalaman dengan murid
Tulis no. hp atas tapak tangan
Suasana sedih menyelubungi anak-anak murid
Kenangan abadi
Sedih dalam dakapan bonda
Jangan tinggal daku
Gelagat peminat
Merakam kenangan bersama guru-guru lelaki SKKW

Bersama rakan-rakan ustaz dan ustazah
Bersama pentadbir SKKW
Laluan menuju ke kereta
Manja
Melangkah menuruni pentas diiringi pasukan kompang dan bunga manggar
Selamat jalan ustazah
Berebut nak bersalam
Jaga diri semua - Bye!
   Kereta ustazah Aida yang dipandu oleh cikgu Fakhrudin diiringi 3 buah kereta lain menuju ke SK Cyberjaya. Rombongan 15 orang guru termasuk ustazah Aida mula meninggalkan SKKW pada jam 10.30 pagi dalam keadaan hujan renyai seolah-olah turut menangisi perpisahan ini. Lambaian dan esak tangis anak-anak murid serta rakan-rakan SKKW mengiringi pemergian ustazah.
   Rombongan tiba di SK Cyberjaya pada pukul 11.00 pagi. Terujanya kami kerana Pn. Sa'diah turut menyambut kami dengan pasukan kompangnya. Kemudian kami diarak ke dewan sekolah. 
Seronok jumpa kawan baik
Pn. Sa'diah menyampaikan ucapan Selamat Datang
Ucapan sulung GPK HEM SK Cyberjaya
Pentadbir SKKW bersama GB SK Cyberjaya
Inilah bilik ustazah Aida
Meninjau pejabat SK Cyberjaya
Jamuan special
Terima kasih atas layanan Pn. Sa'diah. 
Selamat tinggal ustazah Aida!
"Selamat Bercuti buat semua murid dan guru"

9 comments:

  1. Tentu ustz Aida akan teruja, dirai dengan majlis seperti ini..very good idea..hmmm

    ReplyDelete
  2. Apalah sangat majlis perpisahan tersebut berbanding jasa-jasa beliau. Kak Nora pi mana cuti-cuti sekolah ni?

    ReplyDelete
  3. tahniah dan selamat bertugas di tempat baru diucapkan kepada Ust. Aida ... saya pun lebih kurang macam ni jugak ! bila kena berucap selamat tinggal - maintain mancho!....ikutkan boleh berderai2 si airmata - saya lagi lama hampir 15 tahun baru ditukarkan ke sekolah lain...sebelum ni naik pangkat pun semua kekal di tempat lama....hu3x tengok semula video-macam dah bersara!!!

    ReplyDelete
  4. As salam Kak Aida...

    Meriahnye majlis send-off tu yer..
    Ala,jgn sedih2..dekat jer pun..heheh..
    Harap GB KW tu jgn la tukar plak yer.. ;)

    ReplyDelete
  5. Salam Pn. Sonata anak kancil. Lama betul cikgu kat sekolah tu sebelum ditukarkan. Sekarang ni kalau tempoh gitu, dah kena redeployment... Apapun kalau kita berbakti dgn ikhlas di mana-mana, tentu berat hati bila nak bertukar, kan.

    Salam cik Shinju. Tq saya dah betulkan ejaan send off. Saya harap kalau saya ditukarkan pun, janganlah jauh-jauh hehe

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Pn GB...

    selamat bertugas kepada cikgu yang bertukar itu dan semoga ilmu yang akan dititipkan ke tempat baru nanti kan membuahkan hasil yang lumayan

    ReplyDelete
  7. guru yang baik dgn budi dan jasanya yg molek sentiasa dikenang & dlm ingatan...

    ReplyDelete
  8. Salam OM. Semoga anak-anak murid memanfaatkan segala tunjukajar guru, Insya Allah hidup kita sentiasa dalam rahmatNYA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...