Thursday, May 12, 2011

Alahai pra

Sejak masalah bekalan elektrik prasekolah Amanah dan Rasional dikesan pada 21 April 2011 yang lalu, murid-murid dua kelas tersebut terpaksa berkelana. Kesian mereka! Belajar di surau dan di luar kelas Pra Wibawa. Berangkut bahan belajar, makan di kelas lama, masalah tandas dan macam-macam lagi. Sungguh tak selesa.
   Surat dah dihantar ke PPD tapi tak ada respons lagi daripada mereka. Tempoh hari semasa pegawai-pegawai Pembangunan dan Prasekolah dari JPS dan PPD datang melawat tapak kelas baru prasekolah, puas kami cerita dan tunjukkan masalah elektrik dan tangki septik kami ini. Mereka ambil maklum dan macam biasa suruh buat surat. 
   Terima kasih banyak kepada pegawai JKR Elektrik Sepang yang tak jemu-jemu datang ke sekolah memeriksa kabel dan melayan keluhan kami. Hari ini, boss JKR Elektrik sendiri turun padang....
Pra Amanah
Pra Rasional
Terpaksa dibiarkan sebab tak ada karan
Murid pra Amanah belajar di luar kelas Pra Wibawa
Murid pra Rasional belajar di surau
Terima kasih hari ini Tuan Kadiran sendiri turun padang
Panjat dan periksa
En. Kalai dan En. Yusri gigih membantu
Salmi - guru merangkap jurutera sekolah
En. Kadiran menghubungi kontraktor minta datang ke sekolah esok untuk membuat kabel baru - Thank you sir!
Sahabat baik sekolah

2 comments:

  1. salam Kak..
    tajuk je ke..?
    ermmm...

    ReplyDelete
  2. Tajuk dulu Zul nak booking tarikh sebab dah larut malam. Isi menyusul kemudian. Haa - tu dia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...