Friday, May 20, 2011

Selamat Bersara

Hari ini beberapa orang GB daerah Sepang yang berkelapangan telah mengadakan lawatan ziarah mesra 2 orang teman GB yang akan bersara minggu depan. Mereka adalah Pn. Hjh Norlia binti Daya GB SK Jenderam Hilir yang akan menyambut hari jadi ke-58 pada 23 Mei 2011 dan En. Misnon bin Ramli GB SK Taman Seroja yang akan menyambut hari lahir ke-55 pada 26 Mei 2011.
   Kebetulan di SK Jenderam Hilir berlangsung Majlis Persaraan Hjh. Norlia yang turut dihadiri oleh Tn. Hj. Razak bin Hamjar - Ketua Unit Sekolah Rendah JPN Selangor. Kami ikut sama berada di dewan menyaksikan majlis yang bersejarah tersebut. Pn. Hjh. Norlia telah memberikan ucapan terakhir beliau dengan menyingkap pelbagai pengalaman beliau sebagai pendidik. 
   Setelah hampir 2 jam di SK Jenderam Hilir, kami kemudian telah berangkat ke SK Taman Seroja untuk membuat kunjungan awal sebelum persaraan En. Misnon Rabu depan. 
   Kepada mereka berdua diucapkan Selamat Bersara. Mohon maaf atas kesilapan kami sepanjang kita bersama. Terima kasih atas layanan baik kalian. Semoga kita berjumpa lagi pada masa depan. 
Bersama Pn. Sa'diah, Pn. Samsidar dan Pn. Noredzan
Hj. Razak, Hjh Norlia dan rombongan MGB Sepang diarak masuk
Para inang
Hjh. Norlia duduk di singgahsana
Antara VIP yang hadir
Murid-murid dan guru-guru SK Jenderam Hilir
Ucapan terakhir
Gambar kenangan terakhir dengan Wan dan Hjh. Norlia
Terima kasih atas jamuan
Sekalung Budi Seindah Kenangan
En. Misnon menunggu hari
Beca dihias indah
Di pejabat SK Taman Seroja
Cenderamata En. Azman buat En. Misnon
Bersembang sambil bertukar-tukar fikiran
Terima kasih En. Misnon kerana sudi menerima kunjungan kami

4 comments:

  1. salam..cikgu, saya nk perbetulkan, x salah saya cikgu misnon berumur 55 tahun pada 25 mei 2011 akan dtg (tarikh lahir 25 mei 1956).. :P

    ReplyDelete
  2. As salam Kak...Moga sihat2 sokmo..
    Mekasih wish bday..
    Saya kat Pekan skang ni..melepas nak makan nasi lemak kukus GB belanja..huhuh

    Selamat Bersara kpd Pn Hjh Norlia dan Cikgu Misnon...

    ReplyDelete
  3. Wsalam. Tak pe balik dari Pekan nanti, boleh tuntut :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...