Friday, August 5, 2011

Pelancaran Bilik PPDa

Sejak tahun lepas, kami telah mula mewujudkan Bilik PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah) untuk menempatkan bahan-bahan pameran dan dokumen berkaitan dadah. Ini sejajar dengan misi utama negara bagi menangani gejala penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat serta arahan KPM agar pendidikan pencegahan dadah dilaksanakan di semua sekolah. Pendedahan awal amat penting agar gejala negatif ini dapat diatasi dan dibanteras sejak kanak-kanak lagi. 
   Hari ini, saya telah diminta untuk membuat pelancaran Bilik PPDa SKKW dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana tetapi sungguh bermakna. Oleh kerana bilik tersebut terletak di Aras 3 Blok B SKKW, maka hanya sebilangan kecil murid sahaja telah dipilih untuk menyaksikan majlis tersebut. Tahniah kepada 8 orang guru pelatih IPIS yang telah bertungkus-lumus bersama guru-guru Kaunseling menceria dan menaiktarafkan bilik yang hanya merupakan sebuah stor itu. Bahkan untuk masuk pertandingan peringkat negeri, bilik tersebut tidak memenuhi syarat-syarat sebagai sebuah bilik. Sebaliknya ia lebih layak diklasifikasikan sebagai Lorong PPDa.
   Sebenarnya, hari ini merupakan hari terakhir kelapan-lapan orang guru praktikum (2 Agama, 2 B.Arab dan 4 prasekolah) ini menjalani latihan internship mereka di SKKW. Sekejap saja masa beredar, dah habis sebulan. Sesungguhnya jasa-jasa kalian tersangat banyak buat SKKW. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Didoakan semoga ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu sekalian berbahagia dan akan menjadi guru terlatih yang berkualiti sebagaimana yang ditunjukkan sepanjang berpraktikum di sekolah ini. Ada rezeki, kita jumpa lagi pada masa depan. 
   Insya Allah hasil usaha kalian dalam menaiktaraf bilik PPDa ini akan diterus dan dimantapkan lagi oleh guru-guru dan murid-murid SKKW dalam perjuangan dan cabaran mewakili daerah Sepang. 
 Bilik PPDa
Bilik a.k.a stor je ni
Murid-murid menunggu untuk melihat pameran
Acara perasmian dilakukan dengan menggunting riben
GB menandatangani Buku Pelawat
GPK HEM - Pn. Asnah mencoret ucapan tahniah
Melihat maklumat-maklumat yang ditampal
Di hadapan model rokok
Gimik pelancaran - menarik 'tali gantung' pengedar dadah yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di sebuah penjara
Lantai pun dijatuhkan
Kenangan terakhir bersama bakal-bakal guru yang sangat kreatif lagi komited
Bakal-bakal guru prasekolah yang cantik manis
Alahai Shahidi tiada dalam gambar sebab bertugas menyampaikan tazkirah Ramadan - Apapun korang memang terbaik
Selamat Maju Jaya!

4 comments:

  1. Diucapkan SELAMAT MAJU JAYA juga kepada mereka. :)

    ReplyDelete
  2. Dari wajah-wajah guru yg dipaparkan nampak sungguh semuanya amat komitted dgn tugasan. Memang pun dah nama guru pancaran airmuka pun dah nampak...

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Kelassss la gimik pelancaran tu.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam kakcik : All the best buat mereka..

    Salam kakzakie : Ustaz-uztaz tu rupanya EXCO kat IPG - memang tokoh pemimpin pun di kalangan rakan-rakan mereka. Terserlah komitmen mereka

    Salam cik Shinju : Memang bergeliga idea depa ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...