Friday, February 10, 2012

Bulan PJK

Selepas Majlis Bacaan Yaasin pagi tadi, telah diadakan acara pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang telah tertangguh disebabkan beberapa 'masalah teknikal'. Mengikut takwim, bulan Januari 2012 merupakan bulan PJK sesuai dengan dasar 1 Murid 1 Sukan. Tak mengapalah, orang putih kata "Better late than never". 
   Sebagaimana program pelancaran bulan-bulan yang lain, pelancaran bulan PJK ini juga diserikan dengan acara simbolik yang tak kurang menariknya. Selamat Bersukan dan sentiasalah bergerak aktif samada di bulan PJK maupun bulan-bulan seterusnya..
Piramid makanan
Diminta sign bola Harez
Terima kasih para pembantu yang sihat dan aktif

2 comments:

  1. kekadang letih bila lihatkan guru-gur sekarang yang terpaksa fikirkan banyak cara untuk kemajuan murid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam IM. Bila difikir-fikirkan memang letih. Walaupun rutin yang sama yang diulang tiap-tiap tahun, tapi semua program itu sangat penting untuk kecemerlangan akademik dan kemenjadian sahsiah murid. So, kenalah buat sebaik mungkin..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...