Saturday, February 18, 2012

Lawatan ke SKPA2

Hari ini seawal 7.30 pagi lagi, guru-guru telah berkumpul di sekolah untuk mengikuti Lawatan Benchmarking ke SK Puncak Alam 2. Lawatan anjuran Kelab Guru dan Kakitangan SKKW ini disertai seramai hampir 40 orang guru serta ahli keluarga. Semua GPK telah turut sama dalam lawatan ini kecuali GPK Petang - En. Rosli yang melapor diri program PPG hari ini. Walaupun sasaran lawatan kami ialah untuk melihat Bilik PPDa dan Pusat Sumber SKPA2 namun kami dapati banyak bilik dan elemen yang sangat menarik untuk kami kongsi dalam memajukan sekolah. 
   Rombongan kami telah disambut dengan penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan. Tambahan pula GB SKPA2; Tn. Hj. Muhammed Adzhar b. Hj. Alias merupakan teman saya dalam MGB Selangor. Beliau merupakan Pengerusi MGB Daerah Kuala Selangor merangkap Exco MGB Negeri Selangor.
   Setiba di kawasan sekolah yang tersergam indah itu, kami telah diberi taklimat dan menyaksikan persembahan multimedia di Bilik Gerakan. Memang jelas kehebatan SKPA2 dengan berbagai-bagai kejayaan yang telah dicapai. Tak sia-sia kami memilih sekolah tersebut untuk lawatan hari ini. Terima kasih banyak buat warga SKPA2.
   Selepas lawatan, kami telah menghala ke Sungai Besar untuk shopping. Masing-masing ada saja buah tangan untuk diri sendiri dan keluarga. Sebelum pulang, kami telah singgah menikmati Mee Udang Banjir yang popular itu. Memang kaw!!
 Tunggu bas
Peserta rombongan
Dalam bas
Tuan rumah sudah sedia menunggu
Bersalam-salaman
Seronok bergambar
Ruang yang nyaman
Di Bilik Mesyuarat yang sangat ceria
Anak-anak guru yang turut serta 
Ucapan GB SKPA2 - Tn. Hj. Muhammad Adzhar
GB SKKW pula berucap
Persembahan multimedia
Cenderamata buat tuan rumah
Jamuan yang sedap
Teman seperjuangan dalam MGB
Penyampaian cenderahati dari tuan rumah
Jom naik atas
Di PSS
Di luar PSS
Kesan halo yang mantap
Singgah
Rehat jap
Di Bilik Kesihatan
Sistem penyimpanan rekod yang menarik perhatian kami
Permainan dalaman berunsur PPDa di atas lantai
Meriah
Detik manis
Murid berjaya tanpa dadah
Pondok penagih
Kubur penagih
Seronok di penjara
Taman PPDa
Cantiknya pemandangan
Bergambar kenangan sebelum mennggalkan SKPA2
Baru perasan ada banyak persamaan pada logo kedua-dua buah sekolah ini

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...