Friday, February 17, 2012

Badan Bertindak Sek Men

Malam kelmarin saya telah menerima jemputan untuk menghadiri Masyuarat Badan Bertindak Sekolah Menengah dan KAFA Kota Warisan. Mereka yang hadir terdiri daripada penduduk-penduduk Kota Warisan yang memang berpengaruh termasuk AJK PIBG SKKW dan mantan AJK PIBG serta para profesional. Badan ini bertujuan untuk menggerakkan usaha-usaha sehingga terbinanya sekolah menengah dan KAFA bagi memenuhi keperluan penduduk Kota Warisan. 
   Jika difikirkan usia SKKW sendiri sudah menjangkau 9 tahun dengan 2 sesi persekolahan, sangat jelas betapa SMK Kota Warisan perlu dibina dan KAFA mempunyai bangunan sendiri. Namun, disebabkan oleh pelbagai masalah seperti perundangan, politik dan lain-lain lagi, anak-anak Kota Warisan seolah-olah dinafikan hak mereka. Diharapkan badan ini di bawah teraju pengerusinya; Dr. Mohd Rushdan serta para sukarela yang lain dapat memperjuangkan nasib anak-anak kita.
   Di akhir mesyuarat, pengerusi merumuskan usaha-usaha akan diambil untuk:
1.   Mewujudkan semula persatuan penduduk
2.   Berbincang dengan pihak Majlis Perbandaran Sepang
3.   Berbincang dengan pihak NGO
4.   Mendapatkan tandatangan penduduk (petisyen)
5.   Berhubung dengan pihak jurukur berkaitan tapak
6.   Berjumpa dengan Menteri Besar Selangor
7.   Menyediakan data untuk kertas kerja
8.   Menulis surat / bertemu dengan pemaju
9.   Berjumpa dengan KPM
   Setiap ahli telah diagih-agihkan tugas dan akan membuat laporan dalam mesyuarat akan datang. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan. Amin...
 Ustaz Irwan selaku Setiausaha
 Dr. Norizhar YDP PIBG pun hadir
 AJK PIBG - Dr. Fazri turut hadir
Imam merangkap Pengerusi KAFA - Ustaz Zairul memberi cadangan
 
Khusyuk dan serius
Berdua dengan Kak Maznah je perempuan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...