Saturday, February 25, 2012

Kemeriahan Karnival PIBG

Meriah! Itulah kata-kata yang dapat digambarkan merujuk kepada suasana Karnival PIBG 2012 SKKW hari ini. Majlis berjalan lancar dalam cuaca yang sangat baik. Terima kasih kepada En. Shahrul Nizam bin Rohani - Tuan Timbalan PPD Sepang yang sudi merasmikan majlis tersebut. Tahniah kepada YDP, AJK PIBG, guru-guru, kakitangan, ibu bapa / penjaga, murid-murid dan bekas-bekas murid serta semua yang terlibat menjayakan program ini. Pihak sekolah memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan di sepanjang karnival. Semoga kerjasama ini akan berterusan demi kemajuan pendidikan anak-anak murid. Laporan lanjut sila klik blog PIBG SKKW di sini dan blog SKKW di sini.
   Jom layan beberapa rakaman wajah-wajah kegembiraan seorang Guru Besar....
 Susun jangan tak susun
 Ucapan aluan GB
 Ucapan YDP PIBG
Ucapan perasmian Timbalan PPDS
Gimik pelancaran
Terima kasih, tuan
Suka tengok kipas disaluti kertas-kertas warna
Membawa TPPD melawat tapak pameran
Di kaunter Wakaf Al Quran
Tulis nama pada sticker untuk ditampal dalam Al Quran
Di kaunter Wakaf Pembinaan Surau Al-Hijrah KW
Di kaunter Tabung Haji
Boss check kesihatan
Melawat aktiviti di padang
Gerai air yang popular
Menjamu selera sambil berbincang
Thank you so much, sir
Bersama Ayuna
 Farizul
 Bersama bekas anak murid - Anis dan Amalina
 Kaunter jualan kupon
Edy ambil hadiah cabutan bertuah ibunya 
- rezeki jangan ditolak!
Tahniah kepada Setiausaha Kehormat PIBG SKKW - Anikah serta kawan-kawan. Tanpa kalian, siapalah saya

4 comments:

  1. jika sesuatu program dirancang terlebih dahulu dengan baik, 50% kejayaan berada di tangan. 50% lagi terletak pada kerjabuat.

    Namun semua itu perlu keizinan Tuhan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam IM. Kita pohon padaNya jua moga segalanya lancar

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...