Monday, March 19, 2012

Bilik Guru 2

Memandangkan bilangan guru telah bertambah, pihak pengurusan dengan kebenaran PPD telah menaiktaraf sebuah bilik darjah di Tingkat 2 Blok A menjadi Bilik Guru 2. Sejak ia dibuka pada awal tahun ini, bilik guru tersebut kurang mendapat sambutan dalam kalangan guru-guru disebabkan panas dan kurang kelengkapan. 
   Dalam keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan, proses mengkondusifkan bilik tersebut sangatlah sukar. Namun alhamdulillah semasa cuti sekolah ini, berbantukan sumbangan PIBG dan peruntukan sekolah, bilik tersebut telah dicat dan dipasang aircond. Semoga guru-guru tidak perlu lagi bersesak-sesak di bilik guru lama. 
   Pihak pengurusan akan cuba menambah kelengkapan-kelengkapan asas bilik itu sedikit demi sedikit. Sama-samalah para guru berganding bahu ke arah itu. Apapun, terima kasih AJK PIBG kerana meluluskan permohonan tersebut. Semoga keselesaan guru-guru ini akan memberi impak positif terhadap pengajaran dan pembelajaran anak-anak murid di bilik darjah.
 2 buah aircond baru
 
Cat baru kering, kerusi meja masih belum disusun
Keadaan bilik tersebut awal tahun 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...