Friday, March 30, 2012

Bola sepak MSSD

Meskipun jemputan ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang di SK Methodist, Sg. Pelek ialah pada pukul 11.00 pagi, saya serta Mimi; GPK Koku telah bertolak lebih awal untuk memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak SKKW. Kehadiran kami tidak mengecewakan kerana kami dapat sama menyaksi dan meraikan kejayaan anak-anak murid kami yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut. 
   Tahniah buat semua pemain dan jurulatih yang telah bertungkus-lumus. Sesungguhnya kejayaan ini adalah pencapaian terbaik pasukan bola sepak SKKW sejak sekolah dibuka lebih 8 tahun yang lalu. Semoga kita akan mendapat kejayaan yang lebih baik lagi pada tahun depan, Insya Allah.
Gembira atas kemenangan
Laporan lanjut sila klik blog SKKW di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...