Tuesday, March 20, 2012

Hari pemantauan

Sebagaimana yang dimaklumkan semalam, sejak dari pagi lagi, warga sekolah menanti kehadiran panel penilai Anugerah PIBG Kebangsaan dengan penuh debaran. Sambil membuat persediaan terakhir mana-mana yang patut serta menyiapkan tugas-tugas rutin yang tak pernah habis, masing-masing tetap bersemangat. YDP Dr. Norizhar tiba di sekolah menjelang tengah hari disusuli AJK PIBG Pn. Azlin,  Pn. Noraishah dan Pn. Wan Nur Suhaila. Tepat jam 2.00 petang, pegawai dari JPN Selangor ; En. Mohd Arof b. Tuban tiba dan kemudian diikuti Ustaz Abdul Ghani b. Hashim dari PPD Sepang. Pegawai penilai dari KPM ; En. Zainul b. Hj. Awang serta En. Sohimi b. Osman tiba sejurus selepas itu.
   Alhamdulillah pemantauan berjalan lancar. Tahniah kepada YDP, AJK PIBG, guru-guru dan seluruh warga PIBG SKKW atas daya usaha dan persembahan cemerlang hari ini. Semoga berjaya, Insya Allah.

AJK Dokumentasi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...