Thursday, April 19, 2012

Pemantauan

Hari ini pagi petang ada pemantauan. Sebelah pagi pemantauan oleh pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Sepang yang melihat fail-fail Hal Ehwal Murid (HEM) dan Koku. Pada sebelah petang pula kami menerima lawatan daripada Penyelia-Penyelia Kanan Unit Pengurusan Sekolah PPD-PPD seluruh negeri Selangor...
 
 Pemantauan HEM
 
 Unit Koku
 
 
 
 Rombongan sebelah petang pula
 En. Abd. Karim JPS mencatat di buku pelawat
 
 
 10 orang Penyelia Kanan PPD-PPD
 Ucapan En. Osman Unit Sekolah Rendah JPS
 En. Abd. Karim Unit Perhubungan JPS
 Dialog santai lagi mesra
 Antara guru-guru yang hadir sama
 Tetamu dijamu ala kadar
 Melihat fail Warga Asing
Terima kasih tuan-tuan

Wednesday, April 18, 2012

Simulasi Kebolehlaksanaan

Hari ini saya dan Kak Noredzan bersama 38 orang Pengetua dan Guru Besar /  wakil telah menghadiri Mesyuarat Simulasi Kebolehlaksanaan Penggabungan Jawatankuasa Di Sekolah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Semarak, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM, Putrajaya. Mesyuarat ini adalah susulan daripada perakuan utama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) 2010 yakni bagi menggabungkan jawatankuasa yang terdapat pada peringkat sekolah sebagai cadangan penyelesaian kepada isu tersebut. 
   Terima kasih diucapkan kepada KPM kerana memberi peluang kepada kami untuk terlibat dalam penambahbaikan sistem dan dasar pendidikan negara. Meskipun mesyuarat tadi berbaur perdebatan yang agak panas dari para pentadbir, namun selaku pelaksana segala arahan dan perintah akan dipatuhi dengan sebaik mungkin. 
   Semua sekolah yang terpilih ini akan menjalani projek rintis simulasi cadangan tersebut selama 2 bulan mulai bulan Mei 2012 ini. Semoga hasil daripada simulasi ini kelak akan dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang terpaksa menganggotai pelbagai jawatankuasa seterusnya membolehkan tumpuan diberikan kepada pelaksanaan tugas guru secara berkesan. Diharapkan apa jua dapatan daripada sekolah-sekolah rintis ini nanti akan dapat menjurus kepada penyelesaian masalah sebenar. Insya Allah..

Tuesday, April 17, 2012

Selamat Bersara kak Samilah

Petang tadi, saya bersama beberapa orang rakan GB daerah Sepang (kak Zan, Sa'diah, Wan, kak Siti Amarah dan Zohri) telah pergi menziarahi Pn. Samilah binti Jusoh; GB SK Sg. Merab Luar yang akan bersara hari Khamis ni (19.4.2012). Meskipun semua GB telah menerima undangan daripada Kelab Guru sekolah tersebut ke majlis meraikan persaraan Pn. Samilah esok, tetapi permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi atas komitmen tugas yang lain pada hari yang sama. 
   Maka kami pun merancang untuk melawat kak Samilah lebih awal hari ini. Terima kasih kak kerana sudi menerima kunjungan kami walaupun kami sedar akak sibuk dengan pelbagai persediaan menjelang persaraan. Didoakan kak Samilah akan berbahagia di samping keluarga. Semoga hubungan silaturrahim kita akan berterusan sehingga bila-bila. Aminn...
 Sedikit cenderahati buat kak Samilah
 
 Kunjungan terakhir buat sahabat yang akan bersara
 Kak Samilah ceria bercerita
 
 
 Seronok bersembang sambil menemuramah perasaan YAB
 Ada jamuan lagi
 
 Terima kasih atas layanan mesra
 
 Merakam kenangan di hadapan parking berlabel nama kak Samilah
Jumpa lagi kak

Rakaman hari ini

Seperti biasa, hari ini sibuk dengan macam-macam kerja. Tapi saya cuba ambil masa untuk meronda sekolah sambil merakam apa yang patut. Singgah bergambar kejap di bilik Bimbingan dan Kaunseling yang tampak berseri - sebagai persediaan menerima pasukan pemantau dari Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Sepang hari Khamis ini.
Di bilik Kaunseling
Ada banyak lagi gambar yang saya rakam. Jom tengok di blog sekolah di sini.

Tuesday, April 10, 2012

Anugerah PIBG Selangor

Meskipun berita yang sama telah saya muatkan dalam blog PIBG SKKW (klik di sini), namun saya tetap ingin mencoretkan kenangan hari yang bersejarah ini dalam blog saya juga. Punyalah teruja masa nak pergi ke MSU, Seksyen 13, Shah Alam pagi tadi, sampai saya tertinggal handphone kat rumah. Kalut juga dibuatnya...
   Majlis penyampaian Anugerah PIBG Cemerlang tersebut adalah salah satu daripada 4 program yang diadakan serentak hari ini termasuk Pelancaran Amalan Guru Penyayang, Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan Anugerah Kecemerlangan Akademik. Terima kasih JPS atas penganugerahan yang amat bermakna ini. Bak kata kawan baik saya; kak Milah - Sejarah 'once in a blue moon'....
Datang bersama kak Zan, Sa'diah dan kak Milah
Kak Milah; GB SK Taman Bukit Indah di barisan sekolah-sekolah cemerlang akademik
Dewan Canselor MSU yang gah

Antara taklimat yang diikuti
Slot Presiden MSU - Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid : Matlamat Pendidikan Masa Kini
Senyuman GB dan YDP PIBG
Pelancaran Guru Penyayang
Guru Besar SK Puncak Alam 2 - Tn. Hj. Muhd Azhar ditemuramah
Pelancaran SPSK
Kak Milah menerima anugerah kecemerlangan UPSR 2011
Pn. Parothy - GB SJKT BBST turut menerima anugerah UPSR
Saya dan YDP di atas pentas menerima anugerah daripada Pengarah JPN Selangor - Tn. Abdullah Mad Yunus
Kak Mlah dengan PPD Gombak - Pn. Dayang Fatimah
Saya dan Dr. Norizhar dengan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah Roslan
Dr. Norizhar dengan Ustaz Fazli
Mock cheque
Medal dan sijil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...