Tidak seperti sambutan yang lepas, sambutan kali ini agak sederhana kerana minggu ini adalah minggu peperiksaan. Murid-murid dan guru-guru tidak boleh diganggu untuk menyambut maupun memberikan persembahan. Namun, suasana meriah tetap terasa.
Lawatan orang-orang Thai kali ini agak berbeza dan mungkin lebih memuaskan hati pelawat kerana suami seorang guru baru kami; Ustazah Nurul Syariah telah menawarkan diri sebagai penterjemah. Beliau adalah guru j-QAF di Bandar Baru Bangi, amat fasih berbahasa Thai dan telah membantu kami menterjemahkan persembahan multimedia kami serta menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para pelawat. Terima kasih ustaz Mohd. Redhuan.
Semoga lawatan ini dapat memberikan informasi dan pengalaman yang berguna buat ahli rombongan. Swadikapp.
Ahli rombongan baru tiba
Bergambar dulu dengan banner yang dibawa
Jamuan di bilik KH
Bersama wakil Annie Tour - Eric Wong
Bergambar sebelum menjamah juadah
Di bilik mesyuarat
Maria - juruacara tetap
Ucapan GB dalam BI
Taty mempersembahkan tayangan multimedia
Ucapan wakil rombongan - Mr. Praktom Chuemor
Wakil agen pelancongan meringkaskan isi ucapan GB
Tayangan slaid
Ustaz Reduan menjalankan tugas translator dengan baik
Cenderamata dari sekolah
Ketua rombongan (Pengarah PPD) - Mr. Nikom Kielsham menyampaikan ucapan terima kasih atas layanan sekolah. Beliau meminta maaf kerana cenderamata yang mereka bawa tertinggal di dalam bas di Thai
Saya dan Shikin dah macam selebriti
Thailand So Goood
Bas meninggalkan sekolah
No comments:
Post a Comment