Sunday, January 17, 2010

Mesyuarat AJK PIBG ke-8

Petang semalam telah diadakan Mesyuarat AJK PIBG kali ke-8. Pada awalnya dah set nak buat pagi. Tapi oleh kerana YDP; Dr. Mohd. Rushdan ada hal, dipinda ke sebelah petang. Puas jugalah saya memujuk cikgu AJK yang ada hal suruh datang juga. Terima kasih cikgu kerana sudi mengorbankan masa demi pembangunan pendidikan sekolah kita. Kepada GPK-GPK yang tak jemu-jemu menemani saya dalam mesyuarat PIBG (walaupun sebelah pagi tu ada kelas tambahan Tahun 6), terima kasih yang tidak terhingga. Siapalah saya tanpa cikgu-cikgu semua.

Kenangan manis bersama YDP PIBG semasa pengumuman keputusan UPSR 2009 yang begitu bersejarah
Dalam mesyuarat tersebut, beberapa persetujuan telah dicapai. Antara lain;
1. Mengadakan program motivasi Tahun 6 (cadangan tarikh : 5 - 6 Mac 2010 @ 12 - 14 Mac 2010)
2. Majlis Makan Malam + Golf Tournament di Nilai Springs (cadangan tarikh : 3 April 2010)
3. Hari Keluarga anjuran bersama Surau Al-Hijrah (cadangan tarikh : 24 April 2010)
4. Inspiration Talk oleh ibu bapa terpilih kepada murid-murid kelas tambahan Tahun 6 (cadangan : sebulan sekali pada hari Sabtu minggu pertama jam 10.00 - 10.30 pagi)
5. Membeli p.a system  (termasuk speaker dan mikrofon) baru untuk Dewan Tebuka sekolah
6. Memberi bayaran insentif yang akan ditetapkan kepada guru-guru kelas tambahan Tahun 6
7. Sesi Ramah Mesra + makan tengah hari AJK PIBG bersama guru SKKW di tingkat atas kedai Randau (taukenya En. Munir salah seorang daripada AJK PIBG) (cadangan tarikh : 28 Januari 2010)
Banyak tu program yang dirancang, semuanya sangat baik dan proaktif. Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan semua cadangan tersebut. Kami guru-guru akan cuba memberi kerjasama yang sebaik mungkin dalam melaksanakan program yang telah dirancang itu. Berkat permuafakatan dan persefahaman ibu bapa dan guru-guru ini, saya yakin SKKW akan bertambah maju. Impaknya anak-anak murid juga yang akan menuai hasilnya. 

Friday, January 15, 2010

Maal Hijrah SKKW

Pagi tadi (29 Muharram 1431H), telah diadakan Sambutan Maal Hijrah perigkat sekolah. Penceramah jemputan ialah Ustaz Ab. Ghani bin Hashim; Pegawai Khas KGSK PPD Sepang. Oleh kerana tahun ini murid sudah bertambah, pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk mengecualikan murid-murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 daripada mendengar ceramah. Sebaliknya mereka menjalani pertandingan mewarna di kelas masing-masing. Hasilnya, disiplin murid-murid semasa ceramah sangat terkawal. Tahniah semua!
 
Din sebagaimana biasa mengacarakan majlis

Menemani ustaz
 
Ustaz Zul membacakan doa

Murid-murid mengaminkan doa
 
Adik Fikri membacakan ayat-ayat Al Quran di permulaan program
 
Menurut penceramah, SKKW adalah antara sekolah pertama di daerah ini yang mengadakan sambutan Maal Hijrah
 
Bersemangat sungguh ustaz Ghani
 
 
Murid-murid perempuan duduk di belakang

Isi masa yang terluang dengan menanda buku
 
Murid-murid Tahun 1 mewarna di dalam bilik darjah
Guru-guru panitia Agama Islam serta pentadbir bergambar kenangan bersama penceramah

Tuesday, January 12, 2010

Tasmik

Jumaat lepas seorang bapa murid India yang belajar dalam Tahun 1 call saya agak marah-marah kenapa anak dia bawa balik surat jadual kelas Tasmik Al-Quran. Saya pun mintalah maaf, kata tersilap edar. Sepatutnya surat tu untuk murid-murid beragama Islam saja. Puas jugalah saya menerangkan kepada beliau senario kelas j-QAF ini termasuk kelas bahasa Arab yang perlu dipelajari oleh semua murid tak mengira kaum sebab subjek itu mengajar bahasa, bukan agama. Parent ni tetap minta tak mau anaknya belajar bahasa Arab. Saya kata, terpulanglah. Dia minta sekolah adakan kelas bahasa Tamil, saya pun berjanjilah akan tengok macamana. Setau saya kelas POL bahasa Tamil hanya boleh dibuka jika ada permintaan oleh lebih 15 orang murid. Murid Tahun 1 setakat ini hanya 7 orang saja murid bukan Melayu. Murid tahun lain setakat 2, 3 orang aje.
    Dalam pada parent ni beriya-iya sensitif sangat dengan surat tasmik dan bahasa Arab tu, sebenarnya ada seorang parent murid India saya yang bernama Gnyarien (Tahun 4) telah memohon agar anaknya tidak mengikuti kelas Moral pada tahun lepas. Sebaliknya dia minta izin anaknya belajar dan menduduki peperiksaan Agama Islam. Bimbang disalahtafsirkan, saya telah menyuruh parent ni buat surat. Bila exam, Gnyarien selain menduduki kertas Agama juga diminta periksa Moral. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
    Tahun ni adik Gnyarien; Janisha (Tahun 1 - sekelas dengan murid yang tak nak belajar bahasa Arab tadi tu) juga tidak belajar Moral sebaliknya belajar Agama. 

Gnyarien Tahun 4 Setia - sekarang dah jadi pengawas
 
Si adik; Janisha dalam kelas Tahun 1 Wibawa

Janisha beratur depan sekali

Janisha bersama-sama rakan sekelasnya sedang belajar Fardu Ain dalam bilik j-QAF

Sunday, January 10, 2010

AJL

Tadi pi kenduri pertunangan anak kak Mas dan perkahwinan anak kak Noryati bekas guru SKKW yang dah bertukar ke SK BBST. So tak masaklah tengah hari. Malam ni ingat nak goreng nasi aje sambil tunggu Anugerah Juara Lagu. Lama tak mengadap tv lama-lama gitu, baik drama ke rancangan hiburan ke. Asyik belayar di alam maya aje.... Agak-agak siapa menang ya? Tapi saya suka Aizat, bukan sebab nama dia sama macam Along tapi lagu dia, suara dia sedap. Suka lagu Hanya Kau Yang Mampu. Harap Aizat menang malam ni.

Thursday, January 7, 2010

Tercabut

Sampai je sekolah pagi tadi, jaga mengadu tiang pintu pagar sekolah tercabut. Saya pun pergilah melihat keadaan pagar pintu belakang tersebut. Konkrit tempat menampung tiang tu pun pecah. Simple sangat buatannya; paku macam tu aje. Menurut uncle jaga tu, ia tercabut angkara budak-budak sekolah ini dan bukan sekolah ini yang selalu menggegar-gegarkan pagar tu sejak dulu lagi. Dah jaganya satu, pintu masuk ada 3. Belum lagi pintu masuk ke prasekolah. Bak kata uncle Marimunu tu, sepatutnya mesti ada 2 jaga sianglah, cikgu. Betul juga.... tapi nak buat macamana. Dah peruntukannya 1 je pengawal keselamatan siang. 
   Tak boleh jadi ni. Kena repair terus pagar ni. Jadi apa-apa karang, siapa nak jawab? Keselamatan murid-murid bukan taruhan. Nasib baik Mr. Mari ada kawan boleh bikin itu besi. So saya suruh dia contact dan terus baiki. Tak lama lepas tu, dia jumpa saya kata kerja dah siap. Saya pergi tengok - dah kukuh. Besi tambahan mengikat tiang tu telah diwelding. Orait beres. Thank you!

Tiang pintu pagar yang tercabut dari konkritnya
 
 Panggil orang untuk baiki

Tiang yang sudah dibaiki dengan tambahan besi mengikat konkrit
 
 Pandangan dari tepi

Demi keselamatan anak-anak murid, semuanya memerlukan perhatian dan juga modal!
   Menjelang tengah hari, kakak pekerja swasta mengadu pintu penutup peti elektrik {entah betul ke tidak istilah ini- tak kisahlah} dalam tempat 'db' (distribution board) juga didapati tercabut. Sejak bila, tak perasan pulak. Pergi tengok - bahaya ni!
 
Peti elektrik tanpa pintu
 
 Pintunya yang tercabut
 
Ini pula penutup plastik terbarai. Siapa pulaklah yang menanggalkan skrunya?
   Kena cari wireman  pulak dah. Kos lagi. Naik sekolah ni, macam-macamlah. Bangunan cantik tapi peralatan semakin tua. Belum lagi aduan dari cikgu-cikgu semalam : plug bilik guru yang 'menendang' dan air yang menitis dari kipas menyebabkan black-out satu blok. Huhu....

Tuesday, January 5, 2010

Laptopku

Salam. Nak tengok tak laptop saya yang saya gunakan hari-hari untuk berblogging, buat kerja, baca news dan sesekali anak-anak saya main game. Notebook ni banyak jasanya kepada kami sekeluarga. Asalnya anak saya; Ayu punya. Dia guna buat belajar kat UTP. Tapi bila rosak kepalanya terkehel, kami belikan dia yang baru. Yang lama ni kami guna, kelip kiri kanannya, orait lagi. Internet pulak tak ada masalah. Boleh guna sangat tapi tak boleh dibawa berjalan dek kerana keuzurannya.....

Laptopku yang banyak berjasa


Kekasih lama jangan dibuang walaupun menggunakan talian hayat

Monday, January 4, 2010

First day school

Hari ni hari pertama persekolahan sesi 2010. Hujanlah pulak pagi-pagi ni. Tapi murid-murid nampak bersemangat. Yalah nak jumpa kawan-kawan, cikgu dan yang sebetulnya teruja nak pakai uniform sekolah baru, kasut baru, beg baru. Semua serba baru! 
   Sekolah saya tadi alhamdulillah so far so good. En. Ahmad Rahimi pegawai prasekolah PPD Sepang telah datang membuat pemantauan. Walaupun saya belum  membuat sebarang kutipan yuran (nak tunggu kelulusan dari JPN), sibuklah juga. Tapi semua under control. Berkat kerjasama semua guru. Bilangan guru setakat hari ini ialah 60 orang. Guru baru aje 11 orang, tunggu lagi 6 orang. Murid-murid dah 900 orang belum termasuk 75 orang murid prasekolah. Kelas baru buka 6 buah tu buat saya risau menjelang buka sekolah hari ini. Dah call cikgu sorang-sorang Sabtu lepas saya dapati masih kurang 52 buah kerusi-meja murid bagi 6 buah kelas baru tu. So apa lagi 2,3 hari ni saya dok kacau aje pegawai PPD siang malam call dan sms tanya apa perkembangan. Mereka kata mereka akan dapatkan dari sekolah-sekolah lain. Bimbang juga masuk paper. Jangan main-main!
   Pagi-pagi lagi En Ahmad Karim dari Unit Pembangunan PPD Sepang telah menghubungi saya menyatakan yang beliau sedang menguruskan penghantaran kerusi-meja murid dari SK Taman Pantai Sepang Putra. Jam 11.00 pagi, En. Ahmad Karim dan En. Mohd. Dom telah sampai dengan lori yang membawa 40 buah kerusi-meja tersebut. Aduhai, terima kasih banyaklah tuan berdua. Juga buat Tn. Hj. Mohd Noor yang bermurah hati!
   Saya pun bawa mereka berdua naik ke tingkat 3 ke kelas-kelas yang dikatakan tak cukup kerusi-meja tu. Apa cerita? Semua cukup nampaknya. Malu juga saya kat pegawai berdua ni. Tanya cikgu-cikgu tu, hari tu kata tak cukup. Mereka jawab,"Kami ambil dari tingkat atas PSS, bilik pendidikan khas dan ada kelas-kelas yang berlebih. Tu yang cukup tu, cikgu" "Oh ya ke?" Puaslah saya merasionalkan kekalutan saya kepada pegawai-pegawai PPD tersebut. Minta maaf, ya tuan. Apapun saya masih kena pulangkan juga kerusi PSS supaya Pusat Sumber dapat beroperasi. Nasib baik En. Ahmad Karim tak marah. Apapun saya masih perlukan kerusi-meja guru sekurang-kurangnya 6 buah sebab semua kelas baru tu guna kerusi-meja murid. Mana nak cari, ya? Tapi saya pasti di mana ada usaha, di situ ada jalan. Sabar cikgu ye. Selamat Bertugas kepada semua guru dan Selamat Kembali Belajar kepada semua murid.

Pn. Norizan dan Pn. Zuanawati sedang membawa murid-murid Tahun 1 mengenali kawasan sekitar sekolah

Sunday, January 3, 2010

Alang daftar SMT Sepang

Hari ni hantar Alang Emil daftar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Sepang. Ada 3 tempat kena lapor. Pertama di kelas; bayar yuran dan ambil buku teks. Kedua di dewan terbuka; kena bagi dokumen-dokumen termasuk slip gaji. Kemudian cikgu bagi borang pengesahan bayaran asrama Ada yang kena RM1.00 sehari, ada yang kena RM3.00 sehari (berdasarkan pendapatan ibu bapa). Ketiga di bilik penyelia asrama; kena bayar yuran asrama. Lepas tu baru ke dorm hantar barang dan dapat katil & locker. Banyaknya stop dan yang paling tak tahan kena beratur panjang untuk bayar yuran asrama. Dahlah panas, kaunter yang disediakan hanya 2 saja. Ada yang dah beratur hampir 2 jam. Riuh jugalah ibu bapa yang hadir tu. Sehinggalah datang seorang guru mengumumkan bahawa bayaran boleh dibuat esok oleh anak masing-masing, barulah lega. Kalau semua bayar kat guru kelas kan senang..... Buat Alang semoga lulus dengan cemerlang dalam SPM yang bakal dihadapi. Lakukan yang terbaik, Insya Allah berjaya!

Alang (kanan) dengan kawan-kawan dia

 Posing sambil beratur 

Beratur ni nak bagi dokumen & nak dapat pengesahan jumlah yuran asrama yang perlu dibayar
 
Ayu menemani Alang beratur nak bayar yuran asrama. Penat giler selepas sejam beratur
 
Menanti giliran dengan penuh sabar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...