Monday, January 4, 2010

First day school

Hari ni hari pertama persekolahan sesi 2010. Hujanlah pulak pagi-pagi ni. Tapi murid-murid nampak bersemangat. Yalah nak jumpa kawan-kawan, cikgu dan yang sebetulnya teruja nak pakai uniform sekolah baru, kasut baru, beg baru. Semua serba baru! 
   Sekolah saya tadi alhamdulillah so far so good. En. Ahmad Rahimi pegawai prasekolah PPD Sepang telah datang membuat pemantauan. Walaupun saya belum  membuat sebarang kutipan yuran (nak tunggu kelulusan dari JPN), sibuklah juga. Tapi semua under control. Berkat kerjasama semua guru. Bilangan guru setakat hari ini ialah 60 orang. Guru baru aje 11 orang, tunggu lagi 6 orang. Murid-murid dah 900 orang belum termasuk 75 orang murid prasekolah. Kelas baru buka 6 buah tu buat saya risau menjelang buka sekolah hari ini. Dah call cikgu sorang-sorang Sabtu lepas saya dapati masih kurang 52 buah kerusi-meja murid bagi 6 buah kelas baru tu. So apa lagi 2,3 hari ni saya dok kacau aje pegawai PPD siang malam call dan sms tanya apa perkembangan. Mereka kata mereka akan dapatkan dari sekolah-sekolah lain. Bimbang juga masuk paper. Jangan main-main!
   Pagi-pagi lagi En Ahmad Karim dari Unit Pembangunan PPD Sepang telah menghubungi saya menyatakan yang beliau sedang menguruskan penghantaran kerusi-meja murid dari SK Taman Pantai Sepang Putra. Jam 11.00 pagi, En. Ahmad Karim dan En. Mohd. Dom telah sampai dengan lori yang membawa 40 buah kerusi-meja tersebut. Aduhai, terima kasih banyaklah tuan berdua. Juga buat Tn. Hj. Mohd Noor yang bermurah hati!
   Saya pun bawa mereka berdua naik ke tingkat 3 ke kelas-kelas yang dikatakan tak cukup kerusi-meja tu. Apa cerita? Semua cukup nampaknya. Malu juga saya kat pegawai berdua ni. Tanya cikgu-cikgu tu, hari tu kata tak cukup. Mereka jawab,"Kami ambil dari tingkat atas PSS, bilik pendidikan khas dan ada kelas-kelas yang berlebih. Tu yang cukup tu, cikgu" "Oh ya ke?" Puaslah saya merasionalkan kekalutan saya kepada pegawai-pegawai PPD tersebut. Minta maaf, ya tuan. Apapun saya masih kena pulangkan juga kerusi PSS supaya Pusat Sumber dapat beroperasi. Nasib baik En. Ahmad Karim tak marah. Apapun saya masih perlukan kerusi-meja guru sekurang-kurangnya 6 buah sebab semua kelas baru tu guna kerusi-meja murid. Mana nak cari, ya? Tapi saya pasti di mana ada usaha, di situ ada jalan. Sabar cikgu ye. Selamat Bertugas kepada semua guru dan Selamat Kembali Belajar kepada semua murid.

Pn. Norizan dan Pn. Zuanawati sedang membawa murid-murid Tahun 1 mengenali kawasan sekitar sekolah

7 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Akhirnya selesai juga masaalah kerusi akak tu yee, itu berkat usaha gigih akak tuh, tahniah, alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Wsalam Lipislady. Tapi masih kena cari jalan macamana nak dapatkan kerusi lebih untuk cikgu-cikgu duduk masa perhimpunan. Kalau aok ada siapa-siapa nak lelong kerusi meja, tolong le kabor ke kaeh yek. Boleh juga tampung-tampung. Nak beli, macam tak cukup duit je.

    ReplyDelete
  3. Terima ksih Zai. Saya pun selalu singgah kat blog Zai. Jemput datang lagi

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali kesekolah cikgu Aida..

    ReplyDelete
  5. Tkasih en. relevan. Jom pi sekolah tengok apa-apa yang boleh dibantu!

    ReplyDelete
  6. Guru Besar Cemerlang pasti boleh selesaikan apa jua masalah yang timbul. itukan asam garam sebagai ketua walaupun kdg kala memeningkan kepala.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...