Tuesday, January 12, 2010

Tasmik

Jumaat lepas seorang bapa murid India yang belajar dalam Tahun 1 call saya agak marah-marah kenapa anak dia bawa balik surat jadual kelas Tasmik Al-Quran. Saya pun mintalah maaf, kata tersilap edar. Sepatutnya surat tu untuk murid-murid beragama Islam saja. Puas jugalah saya menerangkan kepada beliau senario kelas j-QAF ini termasuk kelas bahasa Arab yang perlu dipelajari oleh semua murid tak mengira kaum sebab subjek itu mengajar bahasa, bukan agama. Parent ni tetap minta tak mau anaknya belajar bahasa Arab. Saya kata, terpulanglah. Dia minta sekolah adakan kelas bahasa Tamil, saya pun berjanjilah akan tengok macamana. Setau saya kelas POL bahasa Tamil hanya boleh dibuka jika ada permintaan oleh lebih 15 orang murid. Murid Tahun 1 setakat ini hanya 7 orang saja murid bukan Melayu. Murid tahun lain setakat 2, 3 orang aje.
    Dalam pada parent ni beriya-iya sensitif sangat dengan surat tasmik dan bahasa Arab tu, sebenarnya ada seorang parent murid India saya yang bernama Gnyarien (Tahun 4) telah memohon agar anaknya tidak mengikuti kelas Moral pada tahun lepas. Sebaliknya dia minta izin anaknya belajar dan menduduki peperiksaan Agama Islam. Bimbang disalahtafsirkan, saya telah menyuruh parent ni buat surat. Bila exam, Gnyarien selain menduduki kertas Agama juga diminta periksa Moral. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
    Tahun ni adik Gnyarien; Janisha (Tahun 1 - sekelas dengan murid yang tak nak belajar bahasa Arab tadi tu) juga tidak belajar Moral sebaliknya belajar Agama. 

Gnyarien Tahun 4 Setia - sekarang dah jadi pengawas
 
Si adik; Janisha dalam kelas Tahun 1 Wibawa

Janisha beratur depan sekali

Janisha bersama-sama rakan sekelasnya sedang belajar Fardu Ain dalam bilik j-QAF

14 comments:

  1. kerenah parent........ bleh buat buku. Kerenah guru ? macam2 ada.

    ReplyDelete
  2. Kita ada blog, kita masuk karenah-karenah ini untuk renungan kita dan orang lain. Sama gak macam buat buku, betul tak?

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang pening juga dengan mereka yang tidak berfikiran terbuka ni kan?

    Di pejabat kakcik ada seorang pekerja berbangsa India, tapi dia sangat terbuka. Walau pun nampaknya dia begitu taat dengan agamanya (ber'nandek' dan pakai tali di pergelangan tangan) tapi dia tetap menghadirkan diri ke kuliah subuh dan ceramah agama masa kursus team building.

    ReplyDelete
  4. Yang penting kita tingkatkan toleransi kita. Kalau mereka menunjukkan minat, memang cantiklah.

    ReplyDelete
  5. Memang sukar nak bagi ibu bapa bukan muslim ni faham. Bahasa Arab hanya sekadar bahasa, seperti bahasa inggeris, bahasa tamil dll. Ada yg dpt menerima dan kebanyakkannya tidak. Yang berfikiran terbuka mungkin menyedari pend islam lebih mengajar kebaikan berbanding pend moral. Itu x bermakna mereka akan bertukar agama. Apa yang penting ilmu yang diperolehi.

    ReplyDelete
  6. Betul cikgu Isza. Kalau boleh cikgu-cikgu Melayu ni pun nak belajar bahasa Arab sebab kita pun tak faham. Untung budak-budak sekarang ada kelas bahasa Arab

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, apa khabar kak aida......bz yee sekolah baru buka...saya elalu juga jumpa orang India yang tak kisah anaknya belajar agama islam, munkin mereka tertarik dengan agama islam yang indah ini...wallahualam...

    ReplyDelete
  8. sabor aje la..
    saya tekenang narada dan abangnye tilakraj. lagi kelakar.. x kisah x belajar moral asalkan masuk kelas pertama..

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam Lipislady. Akak kabor baik. Bzlah juga awal-awal tahun ni. Memang ada orang bukan Islam berminat belajar agama Islam. Sama-samalah kita terapkan keindahan dan keluhuran Islam tu dalam kehidupan kita seharian. Agar dapat lebih menambat hati mereka.

    ReplyDelete
  10. Aminah, kalau jenis emak bapak yang faham, senang kerja kita. Macam ibu bapa Narada dan Tilakraj tu.

    ReplyDelete
  11. Salam kak Milah. Lama dah perpaduan tu wujud, bukannya zaman 1 Malaysia ni baru ada, betul tak kak?

    ReplyDelete
  12. Begitulah nampaknya En. Nazrin. Mereka ni sangat innocent

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...