Pagi tadi (29 Muharram 1431H), telah diadakan Sambutan Maal Hijrah perigkat sekolah. Penceramah jemputan ialah Ustaz Ab. Ghani bin Hashim; Pegawai Khas KGSK PPD Sepang. Oleh kerana tahun ini murid sudah bertambah, pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk mengecualikan murid-murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 daripada mendengar ceramah. Sebaliknya mereka menjalani pertandingan mewarna di kelas masing-masing. Hasilnya, disiplin murid-murid semasa ceramah sangat terkawal. Tahniah semua!
Din sebagaimana biasa mengacarakan majlis
Menemani ustaz
Ustaz Zul membacakan doa
Murid-murid mengaminkan doa
Menurut penceramah, SKKW adalah antara sekolah pertama di daerah ini yang mengadakan sambutan Maal Hijrah
Murid-murid perempuan duduk di belakang
Guru-guru panitia Agama Islam serta pentadbir bergambar kenangan bersama penceramah
Salam Aida. Kehidupan seorang guru...Isteri saya pun melalui hidup yang serupa. Atas katil penuh dengan buku-buku yang akan ditanda. Tetapi apa yang berlaku....selalu tertidur...
ReplyDeleteSalam mybabah. Sekali bergelar cikgu, selamanya ia akan memegang title, sikap dan tanggungjawab sebagai cikgu. Idola anak murid dan seluruh masyarakat!
ReplyDeletesalam kak aida....
ReplyDeleteamboi bestnya majlis tu....
gambaq pun lawa...
Salam Pak Long. Majlis tu sungguh bermakna. Murid diterap dengan semangat Maal Hijrah di awal-awal tahun ni. Apa agaknya yang lawa pasal gambar tu ya?
ReplyDeleteKawan kita Sukimin pun buat pada 15hb, Jumaat. Saya belum lagi tapi rasanya kalau buat pun, kecilan.
ReplyDeleteWan, saya dah agak dah mesti ada sekolah yang dah buat lebih awal. Saya hari tu pun buat kecilan je. Tak boleh lama-lama, nanti ambil masa p&p murid pulak.
ReplyDeleteHello Aida, I was at Kakcik Serojah's place noticed your name.
ReplyDeleteI used to ahemmm, know a lady by this name, thought it is you.
Sorry, wrong nombor, ha ha. But glad I busybody over. Nice blog and I enjoyed looking at your pics here.
You have a pleasant weekend, best regards, Lee.
Hello Uncle Lee. Tqvm. It,s ok. Just drop by again. Nice to meet U.
ReplyDelete