Saturday, October 3, 2026

Sarapan di Warung D'Ujung, Tiara Heights

   Assalamualaikum... Lama sungguh tak bersiaran. Tiba-tiba hari ini terjentik hati untuk update blog yang dah lama bersarang ini selepas bersarapan di Warung D'Ujung, Tiara Heights, Sepang. Mana tidaknya... kehadiran saya & kawan-kawan ke warung kepunyaan Pn. Noraishah Aris telah disambut oleh kata-kata aluan yang sangat mengharukan saya. Siap disertakan petikan posting blog saya pada tahun 2011 berkenaan kejayaan anak tuan rumah; Malisha Nurhanani yang merupakan bekas anak murid saya di SK Kota Warisan..



   Terima kasih buat Pn. Noraishah aka Nong atas sambutan yang istimewa ini. Kini anak-anak Nong (Malisha Nurkamaliah, Malisha Nurhanani & Malisha Nursabrina) yang pernah mengharumkan nama SKKW dengan kecemerlangan sukan & akademiknya telah berjaya dalam karier & kehidupan masing-masing. Tahniah & syabas! Ianya tentu sekali berkat didikan & kasih sayang ibu bapa hebat; Nong & En. Mustafa Kamal serta keluarga.

   Kami sampai agak lewat disebabkan jem di jalan sempena F1 namun lontong yang kami nikmati sangat sedap & banyak porsinya. Seronok makan di bawah pohon merimbun dengan pemandangan bukit yang nyaman disertai angin sepoi-sepoi bahasa. Alhamdulillah dapat juga kami menjamu selera di warung yang dikunjugi oleh jiran setempat sahaja kerana ia dibuka hanya pada hari Sabtu.  Layanan memang laksana keluarga rapat. Semoga bisnes semakin maju..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...