Sunday, December 13, 2009

Minggu Maal Hijrah Kota Warisan

Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah selama seminggu secara berterusan bermula 11 hingga 19 Disember 2009. Banyak aktiviti pendidikan, kemasyarakatan dan ceramah telah dirancang untuk mengisi ruang dan kesempatan hari kebesaran Islam ini. Program ini telah mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Persatuan Penduduk Megah Villa Kota Warisan, Jawatankuasa Perunding Penduduk Kota Warisan, PIBG SK Kota Warisan, SKKW dan KAFA Integrasi Al-Muhajirin. Minggu Maal Hijrah ini adalah program tahunan kali kedua telah diadakan oleh kariah surau. Setinggi-tinggi syabas diucapkan kepada AJK surau khasnya, dan semua penduduk Kota Warisan amnya. Marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada program ini.

  Brosur Sambutan Maal Hijrah 1431H

Bergambar selepas aktiviti kanak-kanak petang 12.12.09
Malam Kesenian Islam di dewan SKKW malam 12.12.09

Salah satu di antara 6 banner Minggu Maal Hijrah



Kumpulan Nasyid Al-Hawra memang hebat!



Persembahan pentomen yang begitu mengesankan



Sebahagian penonton yang hadir

En. Munir Randau begitu tekun membuat rakaman

Ustazah Mumtazah memberikan ucapan alu-aluan semasa Ceramah Motivasi Hari Muslimat pada pagi 13.12.09

Ceramah "Wanita yang Istimewa" oleh Ustazah Isfadiyah bt. Hj. Dasuki pensyarah UIA Nilai. Menarik dan seronok mendengar ceramah beliau!
 
Sebahagian muslimat yang hadir

Bergambar kenangan bersama penceramah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...