Monday, September 20, 2010

Majlis Restu Ilmu

Esok UPSR akan bermula. Hari ini ada beberapa peristiwa berlaku di sekolah. Antaranya yang paling utama ialah Majlis Restu Ilmu. Majlis ini dilangsungkan semasa perhimpunan pagi di mana semua murid Tahun 6 beratur bersalaman dan memohon restu daripada guru-guru. Semoga dengan restu yang diberikan oleh guru-guru, murid-murid akan dapat menduduki peperiksaan esok dengan yakin dan tenang seterusnya memperolehi kejayaan yang cemerlang.
GB bagi ucapan
Murid-murid Tahun 6 bersiap sedia untuk memohon restu guru-guru
Guru-guru pun bersedia
Sesi bersalam-salaman bermula
Maafkan saya cikgu
Jawab betul-betul tau
Doa restu kami mengiringi kalian
Beratur
Semoga Acik mendapat kejayaan cemerlang
Good luck Arman!
Dewan peperiksaan menanti penghuninya esok
Kerusi meja disusun di luar kelas
Pengawas-pengawas peperiksaan bermesyuarat dan memantau persediaan sekolah
Di bilik tayangan PSS, cikgu Zana merelief kelas guru yang tak hadir sambil membaca blog GB

Hari ini juga, sekolah didatangi 2 orang nazir memantau calon Guru Cemerlang. Moga berjaya buat cikgu Zurina!
Nazir sedang mencerap p&p Zurina di Makmal Komputer

Pada sebelah petangnya pula, murid-murid Tahun 6 telah datang ke sekolah menghadiri program Help Desk. Ini adalah hari ke-2 program tersebut diadakan. Kali ini giliran guru-guru Sains dan Matematik Tahun 6 memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah berkaitan persediaan UPSR. Program diadakan di kantin sekolah. Berikut adalah suasana yang sempat dirakamkan...
Selamat Berjuang buat semua murid Tahun 6 SKKW.
Kami doakan kejayaan anda.

4 comments:

  1. selamat menduduki UPSR kepada semua murid Thn 6SKKW.Semoga tenang dan dapat menjawab dengan baik

    Guru pencen dari utara

    ReplyDelete
  2. Salam Mokjadendell. Terima kasih kerana sudi menjenguk. Selamat menduduki UPSR kepada semua murid Tahun 6 seluruh negara. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan baik.

    ReplyDelete
  3. Cikgu Aida,
    Semoga UPSR SKKW akan terus meningkat pada tahun 2010. Cabaran sebagai pemimpin amat besar dan berat untuk dipikul. Baik untuk murid, mahupun untuk guru-guru. Teruskan lonjakan saujana jika tercapai oleh tangan. Teruskan perjuangan. Selamat berjuang demi anak bangsa.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Faris. Perjuangan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...