Thursday, April 7, 2011

Yang ditunggu pun tiba

Sepertimana yang dijanjikan, petang tadi 2 orang nazir yang datang ke sekolah Isnin lepas telah datang lagi. Masa tu, saya baru lepas bermesyuarat "post mortem" PKSR 1 dengan guru-guru.
   Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada tuan-tuan nazir berdua kerana memasukkan juga kisah pertemuan kita dalam blog saya ini walaupun tuan minta tidak berbuat demikian. Apa nak buat, peminat-peminat saya sedang menanti ending kisah saya ini. Dah famouslah katakan. Tapi Insya Allah tuan, saya berjanji takkan memaparkan cerita-cerita yang menyentuh hal-hal yang berkaitan sensitiviti masyarakat setempat (kecik hati simpanlah sendiri)
   Memanglah sebak juga bercerita tentang blog ni. Tujuan asal untuk santai-santai telah dianggap serius oleh pihak-pihak yang tak berpuas hati. Rasa nak quit aje mengenangkannya. Tapi bak kata pepatah,"Kalau tak sanggup dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai". Akur dengan nasihat nazir tu, saya pun harap rakan-rakan maya saya jadikan peristiwa yang menimpa saya ini sebagai iktibar. 
   Apapun saya seronok bila dengar salah seorang nazir tu memuji sebahagian kandungan blog saya. Bahkan semasa beliau sampai di sekolah tadi, salah seorang guru saya terkejut bila beliau menegurnya. Bila cikgu saya tanya, "Mana tuan kenal saya?", nazir tu jawab, "Daripada blog Guru Besar". Wow, blog saya dah ada peminat VIP (kalau ada orang marah saya sebab saya perasan, minta maaflah...).
   Namun apa yang membuat saya bersemangat dan tak jadi berhenti berblog adalah kerana dalam masa 3 hari ini, sekolah saya telah menerima beberapa berita gembira. Berita apa ya? Apa lagi kalau tidak kejayaan-kejayaan dalam pertandingan peringkat daerah. Sebelum ini minggu lepas, kontingen olahraga dan pasukan choral speaking kami telah membawa pulang kejayaan. Sila baca di sini
   2 hari lepas pada 5 April 2011, dalam pertandingan Spelling Competition peringkat daerah Sepang yang diadakan di SKKW, 2 orang wakil SKKW telah mendapat tempat ke-2 (Tsara Irdina binti Himily Hairul) dan ke-5 (Mohd Hadi Hafizuddin bin Abdul Hakim). Kedua-dua mereka akan mewakili Sepang ke peringkat negeri Selangor. Tahniah dan syabas! Kita doakan mereka berdua akan membawa pulang piala kemenangan.
   Dan lebih manis lagi, hari ini pasukan action song SKKW telah dinobatkan sebagai Juara pertandingan peringkat daerah. Congratulations and good luck. Semoga berjaya di peringkat negeri nanti. Buat guru-guru Panitia Bahasa Inggeris khususnya tahniah3. Kami warga SKKW tumpang gembira atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan-kejayaan ini akan merangsang guru-guru dan murid-murid lain untuk mengikut jejak langkah kalian. Dan sesungguhnya mood saya berbunga-bunga hari ini :) 
   Jom tengok gambar-gambar pertandingan Spelling tempoh hari dan Action Song tadi....
Penyelaras pertandingan - Maria sibuk mengurus persiapan
Manisnya senyuman Fatimah Bibi
Pendaftaran dan undian
Peserta mengambil tempat di dewan
Judges
Tatra sebagai mc
Bersedia tunggu giliran
Peserta mengeja perkataan yang disebut oleh master speller
Kerusi dah banyak kosong sebab peserta yang gagal menjawab dah turun
Tsara Irdina yang bijak
Hadi konfiden
Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku
Ulasan Ketua Hakim
Cenderamata untuk hakim, thank you
Penyampaian sijil penyertaan kepada semua sekolah
Hadiah saguhati
Tahniah Hadi SKKW dapat no. 5
Tsara no. 2, congrats
Juara Spelling Competition Sepang District Level
Lima-lima akan mewakili Sepang ke peringkat negeri Selangor
Urusetia pertandingan - sorrylah tak tau dah pakat pakai baju merah
Kenangan bersama pemenang
Pasukan Action Song SKKW johan daerah. Syabas!
   Laporan penuh pertandingan Action Song and Story Telling Peringkat Daerah Sepang 2011 yang diadakan di SK Taman Putra Perdana boleh lihat di sini.

11 comments:

  1. CONGRATULATIONS to SKKW. Cg Aida, berani kerana benar. Cg seorang yang bersemangat waja. Teruslah berblog tetapi awas, jaga emosi.

    ReplyDelete
  2. selagi kita tidak mengata yg tidak benar selagi itu tak ada salah nya ber blog... teruskan ..

    ReplyDelete
  3. As-Salam CIKGU AIDA
    Saya mengikuti perkembangan 'dunia sekolah' melalui, antaranya, blog Cikgu. Syukurlah Cikgu akan terus hidupkan. Semoga Cikgu terpelihara dari segala fitnah dan hasad orang dalam melangsungkan kerja murni Cikgu. Syukur & tahniah di atas pencapaian murid-murid dan para guru di sekolah Cikgu itu.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak Nora, a kl citizen, zino & Temuk. Rasanya lepas ni saya perlu lebih berhati-hati. Tapi takkan saya nak mengesyaki semua orang. Dan sesungguhnya kerja yang menanti terlalu banyak...

    ReplyDelete
  5. hu.. IM pernah lalu semua itu. malah hingga fobia bila dengar siren kereta polis. kot-kot la singgah kat rumah IM dan berkata;

    awak blogger yang dikehendaki polis.

    betul tu.. kalau takut diperli di marahi, jangan buat laman blog sendiri..

    ReplyDelete
  6. As salam...

    Tahniah SKKW yg terus cemerlang setiap tahun..
    Akak jgn putus asa yer,teruskan berblog..
    Berani kerana benar..

    ReplyDelete
  7. Thanks cikgu Usop.

    Salam IM. Apa jua tindakan ada risiko. Tapi bagi saya, berblog memberi motivasi dan kepuasan tersendiri.

    Tqvm. Cik Shinju adalah antara kekuatan saya. Jom pergi pasar malam cari nasi lemak kukus.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak Aida,

    First sekali, bersabarlah kak.

    Sedih saya baca coretan akak menghadapi
    kerenah ibubapa yang tak boleh bertolak
    ansur dan memenangkan anak walaupun anaknya ternyata bersalah. Saya pernah alami peristiwa begini masa mengajar di tabika dulu. Berbulan saya bersedih.

    Akak seorang GB yang perihatin saya lihat, sekolah akak pun selalu menempa kejayaan. Tahniah dan teruskan BERBLOG.

    ReplyDelete
  9. Tkasih Lipislady. Tujuan blog ini bukan untuk menayangkan kejayaan sekolah saya semata-mata. Usaha dan kudrat guru-guru disulami cabaran persekitaran dan fizikal. Mana-mana yang menarik ingin saja saya paparkan untuk tatapan mereka. Masalah mereka adalah masalah saya jua. Saya tau mereka sentiasa sabar, ikhlas dan komited. Tapi nampaknya, saya perlu membataskan idea yang muncul. Maka akan kelihatanlah saya seperti "masuk bakul angkat sendiri".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...