Sunday, June 26, 2011

Suara Emas

Lama betul tak bersiaran. Aktiviti kat sekolah banyak cuma ilham nak mencoret tak adalah pulak. Minggu ni SKKW mula buat latihan sukan. Sukan Tahunan ke-8 kami akan diadakan pada 9 Julai 2011. Pada 2 Julai 2011 adalah Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Selasa depan - 28 Jun 2011 Hari Terbuka. Semoga pertemuan ibu bapa bersama guru berkaitan anak-anak murid lewat Peperiksaan Setengah Tahun tempoh hari akan membingkis suasana mesra dan akrab demi kecemerlangan SKKW.
   Esok saya akan ke Kuantan menghadiri Konvensyen Majlis Guru Besar Kebangsaan selama 4 hari. Menariknya, Exco MGB Negeri telah memilih saya bagi mewakili Selangor dalam Pertandingan Suara Emas yang dianjurkan. First time ni - risau juga. Terima kasih kepada cikgu Farizul, Mimi, Salmi dll yang telah membimbing saya memilih dan mencari idea untuk lagu yang akan saya sampaikan esok. Terima kasih juga buat Mariatul atas koleksi dress yang diberi kepada saya untuk saya pinjam pakai semasa acara malam tersebut. Siap brooch pun saya pinjam.
   Alahai suara tak sedap mana pun, saja suka-suka. Kata Amir; "Cikgu jangan minum drinking water tau, minum mineral water". Baiklah Mir...
   Lagu yang akan saya sampaikan dalam pertandingan nyanyian itu ialah...


7 comments:

  1. selamat bertanding cikgu, cuma pastikan tekak cikgu sentiasa basah..air sentiasa ada bersama...dan minum air [mineral] sebelum naik ke pentas..pastikan setiap kali nak nyanyi tarik nafas secukupnya...sebutan mesti jelas n kawal suara dari perut juga pnting good luck :)

    ReplyDelete
  2. Good luck madam. I know you can do it.

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM cikgu...

    selamat berjaya ya...semoga kecemerlangan berada dalam genggaman cikgu

    ReplyDelete
  4. selamat bersuara emas aidah...kau boleh...dan aku dipahang pun tak hadir di kovensyen tu...jaga sekolah ajaerlah aku...nak jugak nyanyi ..

    ReplyDelete
  5. Cg,
    Sayangnya saya dah balik Melaka. Kalau tidak mau juga skodeng cg aida dengan suara emas nya. Jangan lupa jeling-jeling tapak maktab cg buat latihan perguruan dulu bila berada di Kuantan.

    ReplyDelete
  6. Wah...jgn lupe share gambar mase nyanyi tu nanti yer..kalau ade video lg best.. :D

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Orang muo, Maria & Sahrom.

    KK : Walaupun U tak ada kat MS Garden tapi U glamor weh kat sana. Gambar U bersama Dr. Shukri terpampang lama.

    Salam Hjh Noralenna : Memang saya puas dapat round bandar Kuantan sambil jeling bekas maktab saya tu.

    Ala cik Shinju, malulah nak ambil video. Gambar pun ambil kemudian - lakonan semula. Nanti-nanti ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...