Monday, August 15, 2011

Prasekolah ke-4

Hari ini bermulalah kerja-kerja pembinaan kelas prasekolah SKKW yang ke-4. Menurut wakil syarikat yang mendapat tender tersebut, jika berjalan sebagaimana yang dirancang, kelas ini akan siap dalam tempoh 3 - 4 bulan. Namun kelas tersebut hanya akan beroperasi pada tahun 2013 memandangkan urusan kelengkapan dan peralatan biasanya akan mengambil masa yang agak lama. Jadi untuk tahun depan (2012), kemasukan murid yang boleh diterima kekal sebanyak 75 orang sahaja. Pendaftaran prasekolah 2012 telahpun bermula mulai 1 Ogos 2011 yang lalu dan dibuka sehingga 31 Oktober 2011 akan datang.
   Buat anak-anak prasekolah tahun ini, diharap dapat menjaga keselamatan diri agar tidak mendekati kawasan dan bahan-bahan pembinaan.  
Bahan-bahan pembinaan
Kerja-kerja mengepung kawasan pembinaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...