Monday, January 9, 2012

Penjaga Gol Terbaik Kebangsaan

Hari ini hari Isnin pertama persekolahan tahun ini bermakna perhimpunan hari ini merupakan perhimpunan pertama 2012. Lebih manis lagi, perhimpunan pertama ini menyaksikan penyampaian hadiah Anugerah Penjaga Gol Terbaik Kebangsaan kepada Muhammad Rafiq bin Kamaruddin murid Tahun 6 Rasional SKKW. Beliau yang mewakili negeri Selangor telah menerima anugerah tersebut dalam Program Bolasepak Bawah 11 Tahun Kebangsaan 2011 semasa cuti sekolah hujung tahun lepas. Semoga pencapaian ini menjadi pendorong kepada rakan-rakan lain untuk mencipta kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang bakal disertai sepanjang tahun ini. Tahniah buat Rafiq! Nak tengok piala Rafiq dengan lebih jelas, klik di sini.
Mohd Rafiq - Penjaga Gol Terbaik Kebangsaan 2011
Bergambar bersama cikgu Abu (jurulatih), GB dan GPK Koku; cikgu Mimi
 
 Hari ni tema merah le
Ustaz Amir pun berbaju merah
Ucapan GB
Bergegas ke LKIM Camar Laut, Bagan Lalang menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Sepang yang dipengerusi oleh Tuan PPD
 Duduk belakang sebab sampai lewat
Hadir perhimpunan sesi petang pulak
Murid-murid beratur
Merahlah Mak Ngah
Pengawas bertugas
Nan dan Nazron sibuk mengurus p.a system
Mendengar amanat dan pesanan
Model pakaian seragam yang menepati spec
"Jaga disiplin dan tingkah laku"

6 comments:

  1. Salam pn GB
    semoga pelajar tu bakal menjadi wira bola sepak negara pulak nanti ye..

    sya ada satu masalah tentang pinjaman buku teks, boleh tolong jawabkan tak di entry ni?
    http://mycutelife-sayangsayangibu.blogspot.com/2012/01/nak-tanya-sikit.html

    ReplyDelete
  2. Salam kasihibu: Saya dah jwb masalah SPBT yang puan alami itu, harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. salam..
    wah..terbaik lah Mohd Rafiq..
    tahniah buat beliau dan sekolah
    membanggakan !!!

    ReplyDelete
  4. terima kasih sangat sangat, memang sangat membantu
    harap semua ibubapa seperti sya perihatin tentang perkara ini
    terima kasih membantu

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mohd Rafiq..
    Semoga menjadi sehebat Iker Casillas suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Mohd Rafiq....

    p/s...suka tengok semua ckgu pakai baju merah..ceria sangat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...