Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Hari ini Sabtu 11.2.2012 murid-murid SKKW datang ke sekolah seperti biasa sebagai ganti Cuti Tahun Baru Cina pada 16.1.2012 dulu. Murid-murid sesi pagi dan petang hadir dengan berpakaian baju raya kerana sekolah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul. Majlis yang turut disambut oleh umat Islam seluruh dunia ini dimulakan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ghani dari PPD Sepang. Sangat menarik sekali ceramah ustaz terutama bahagian sketsa kematian yang begitu mengesankan. Di celah-celah hingar-bingar murid-murid yang memenuhi dewan, ternyata mereka sangat tertarik dan terpegun dengan isi-isi ceramah. Terima kasih ustaz!
   Selesai ceramah, diadakan pula acara perarakan oleh murid-murid dan guru-guru mengelilingi kawasan sekolah yang diketuai oleh Ustaz Amir. Beberapa keping sepanduk telah ditempah khas untuk dibawa sambil bersalawat. 
   (Sesungguhnya banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT pada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
   Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT  terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.
   Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis tersebut, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.)
Amin amin ya Rabbal alamin
Bersama penceramah yang tak asing lagi - Ustaz Ghani
Ucapan GB
En. Rosli - GPK Petang datang pagi

Murid-murid ceria berbaju Raya
Ceramah ustaz santai tapi berkesan
Pandangan dari atas pentas
Para GPK
Para guru SKKW yang manis.....
....lagi tampan
Syukran ya ustaz
Ready nak berarak
Baru balik 'umrah'
Ustaz Amir mengetuai perarakan
Model mana ni?
Penonton khas

Camerawoman yang taat menjalankan tugas
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Bersalawatlah kamu kepadaku kerana salawat itu menjadi zakat penghening jiwa pembersih dosa bagimu" (Diriwayatkan oleh Ibnu Murdawaih)

4 comments:

  1. Salam Aida...

    kakcik suka dan berkenan sangat dengan baju putih Aida tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakcik. Dah lama sangat baju tu dok dalam almari.

      Delete
  2. mak ai...keluar kawasan lagi tu masa berarak...best r..kami punya kawasan sebok skit kereta lalu lalang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Emi. Kita kena ikut sekolah masing-masing. Kalau keadaan tak mengizinkan, tak payahlah keluar kawasan. Yang penting majlis tu diadakan. Betul tak??

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...