Monday, March 5, 2012

Mesyuarat MTQ

Setelah 2 kali bermesyuarat persediaan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat daerah Sepang yang akan diadakan di SKKW pada 24 Mac 2012 (Sabtu) akan datang, hari ini diadakan pula mesyuarat buat kali ke-3. Kali ini bersama Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Sepang. Guru-guru pengiring yang hadir diberi taklimat oleh Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Sepang; Ustaz Fathony dan Penyelia Pendidikan Islam PPDS; Ustazah Jamiah. Saya selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Islam dan tuan rumah mempengerusikan mesyuarat tersebut. 
  Taklimat disampaikan secara menyeluruh bermula dari pendaftaran sehinggalah tamat program kelak. Semoga mendapat kerjasama dari semua sekolah untuk hadir awal agar majlis dapat dijalankan mengikut perancangan. Atas segala kesulitan yang mungkin timbul, kami mohon berbanyak-banyak maaf. Diharapkan wakil-wakil daerah Sepang yang terpilih nanti akan mengharumkan nama daerah di peringkat negeri nanti...
Antara ustaz ustazah yang hadir
Ucapan aluan pengerusi
Ustaz Fathony memberikan taklimat perjalanan majlis
Ustazah Jamiah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...