Monday, May 28, 2012

Kecemerlangan UPSR

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua guru, murid dan warga SKKW atas pengiktirafan kejayaan UPSR 2011 oleh pihak PPD Sepang sebentar tadi. Majlis tersebut telah diadakan di SIRIM sewaktu kursus SPSK. Sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai sasaran KPI daerah dalam peperiksaan awam termasuk SKKW telah menerima sijil kecemerlangan daripada Tuan Timbalan Pengarah JPN Selangor - Tn. Hj. Mahmud b. Karim dengan disaksikan oleh Tuan PPD Sepang serta para pegawai PPD dan pentadbir sekolah-sekolah daerah Sepang. 
   Selaku Guru Besar pertama (dan masih di sini) yang menyaksikan perubahan SKKW tahun demi tahun, kejayaan ini amat besar maknanya buat saya. Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaanNYA yang tak kunjung putus dari sehari ke sehari. Saya amat berterima kasih kepada semua guru khususnya guru-guru tahun 6 kerana telah berkorban dan meletakkan SKKW ke puncak yang meskipun tidak seberapa, namun kami puas. Jatuh bangun kita tetap bersama. Semangat kita tak pernah luntur. Momentum kita untuk mencapai yang lebih baik sentiasa di tahap maksimum dan usaha kita sentiasa bertaraf dunia. 
   Ayuh murid-murid dan guru-guru! Tahun ini kita akan melakukan transformasi ke arah kejayaan yang lebih gemilang. Pastikan UPSR 2012 adalah yang terbaik pernah kita capai. Amin...
 Kecemerlangan GPS
 
 Kecemerlangan Kuantiti
Kecemerlangan Kualiti

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...