Saturday, June 23, 2012

Ladap Kajian Tindakan

{Intro : Tak tau nak masuk mana - blog sekolah ke blog sendiri? Last-last buat keputusan masuk blog sendiri. Nak buat macam mana; kebanyakan aktiviti saya sinonim dengan aktiviti sekolah. Mana yang tak melibatkan murid, boleh kot kreditkan kat blog peribadi saya ni.}
   Pagi tadi (pagi Sabtu yang hening) guru-guru datang ke sekolah untuk mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan yang juga dikenali sebagai Ladap 5 yang bertajuk Kajian Tindakan. Ini merupakan Ladap ke-2 melibatkan kajian tindakan. Yang pertama dulu (klik di sini) ditumpukan kepada penulisan proposal, kali ini penulisan laporan pula.
   Terima kasih atas kehadiran semua guru. Sesungguhnya komitmen ini amat selaras dengan aliran dalam bidang pendidikan masakini di mana kajian tindakan merupakan salah satu daripada cabang transformasi pendidikan. Boleh dikatakan semua unit di KPM, JPN dan PPD   sedang rancak mengadakan seminar dan kursus kajian tindakan di merata tempat. Buakan untuk menunjuk-nunjuk, apa yang penting kajian yang dilakukan akan menambahbaik pengajaran guru-guru, mengatasi masalah murid seterusnya berkongsi impak positif yang dihasilkan dengan rakan-rakan pendidik yang lain.
   Last but not least terima kasih kepada Pn. Zurina Yusof selaku  penceramah Ladap tadi yang tak jemu-jemu membantu. Bertuah SKKW mempunyai guru seperti beliau yang merupakan Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri dan berpengalaman membentang kertas kerja di peringkat antara bangsa. Semoga Zurina akan pergi lebih jauh dalam bidang ini dan rakan-rakan serta anak-anak murid menumpang merasa tempias kecemerlangan beliau.
GB memberi ucapan aluan
Zurina menyampaikan ceramah dengan bersahaja
Semua guru yang tiada urusan rasmi hadir
Persembahan power point
Cikgu Abu Bakar membentangkan proposal B.Melayunya yang bertajuk "Sehari Selembar Benang"
Roszila berkonsi proposal BI - "Oh My Tense!"
Menarik tajuk proposal Maths Nazron - "Father Mother Sister Brother"
Ucapan penangguhan GB
Sedikit cenderahati buat Zurina - thanks

2 comments:

  1. IM harap proposal itu dilihat, dinilai dan di aplikasikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah semua proposal akan diteliti dan diperhalusi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...