Tuesday, August 7, 2012

Lawatan pensyarah IAB

Susulan kursus PSS yang telah saya hadiri di IAB tempoh hari (klik di sini), hari ini saya telah dilawati oleh salah seorang pensyarah kursus tersebut yakni Pn. Siti Anidah untuk membuat kajian keberkesanan dan penambahbaikan kursus. Beliau telah memberikan saya serta Guru Media; Pn. Normi Yahya soalselidik berkaitan pengurusan PSS. Kami berbual tentang dapatan hasil kursus serta hal-hal semasa. Pn. Siti Anidah juga telah mengambil gambar-gambar PSS kami. Terima kasih atas kunjungan hormat tersebut. Tak lupa terima kasih jua atas buah tangan buku-buku ilmiah keluaran IAB yang sangat berharga itu.
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...