Tuesday, April 2, 2013

Kisah umrah emak

1) Emak telah berangkat mengerjakan umrah bersama adik Ita & suaminya; Jurie pada 8 Mac 2013. Kami iringi pemergian mereka di KLIA dengan doa semoga beroleh umrah mabrur...
 Emak berkerusi roda
Antara yang sempat hadir
Ita dan Jurie ceria sokmo
Bye-bye mak

2) Ikut jadual sepatutnya mak, Ita dan Jurie balik ke tanahair pada 20 Mac 2013. Ketentuan Allah, mak tak sihat dan dimasukkan ke Hospital Jeddah semasa mereka selesai check in di airport Jeddah. Pada 21 Mac 2013, hanya barang-barang mereka saja yang tiba di KLIA...
Wakil agen bersama pekerja KLIA membawa keluar bagasi
Hanya barang tanpa tuan
3) Alhamdulillah pada 26 Mac 2013, emak telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Jeddah. Maka mak, Juri & Ita dapat balik Malaysia dan selamat sampai pada 27 Mac 2013....
 Ita & Jurie tetap ceria
Syukur melihat senyuman emak
Terima kasih buat petugas KLIA
Angah membantu mak masuk ke dalam kereta

3) Di kampung mak terus dirujuk ke Hospital Jasin, Melaka. Mak dimasukkan ke wad Hospital Jasin pula untuk diberi rawatan lanjut sambil memberi ruang mak untuk berehat...
Pada 30 Mac 2013, orang Kota Warisan datang melawat

4) Pada 1 April 2013, mak telah discaj. Semoga mak lekas pulih dan segera sihat. Ameennn...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...