Sunday, September 29, 2013

Mahrajan j-QAF dan Khatam Al-Quran

Di pertengahan majlis jogathon semalam (28.9.2013) lebih kurang pukul 9.30 pagi, saya bergegas pula ke SM Vokasional Sepang (SMVS) untuk menyaksikan pasukan kalam jama'ie SKKW membuat persembahan mewakili daerah Sepang serta melaksanakan tugas bersama-sama ustazah SKKW yang lain selaku AJK Jamuan Pegawai Mahrajan j-QAF Negeri Selangor. Tn. Hj. Mutalib bin Tomran - Tuan Penolong PPD Sepang yang merasmikan jogathon sekolah sebentar tadi pun ada bersama di SMVS ini selaku tuan rumah Majlis Penutupan Mahrajan. Alhamdulillah program besar ini berjalan dengan lancar berkat kerjasama semua sekolah..
Pasukan kalam jama'ie SKKW mendapat tempat ke-5 negeri Selangor
Tahniah atas kesungguhan pasukan dan jurulatih
(berita kalam jama'ie dalam blog SKKW di sini)
Peserta SKKW turut mengambil bahagian dalam Majlis Khatam Al-Quran
(berita Khatam Al-Quran dalam blog SKKW di sini)

2 comments:

  1. Assalam Cikgu Aida
    Lama tak menjenguk. Tetap selalu 'bergegas' dengan tugas, ya Cikgu. Semoga sentiasa dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  2. Assalam cikgu Temuk
    Terima kasih kerana masih sudi menjenguk. Nampaknya begitulah : sentisa kena bergegas mengejar dan dikejar deadline..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...