Thursday, October 3, 2013

Pemantauan vs penilaian

Pemantauan aka penilaian adalah makanan ruji setiap pentadbir dan sekolah. Hari ini sekolah didatangi 3 kumpulan pemantau atas tujuan berbeza. Ada yang pahit ada yang manis;
1) Pemantauan Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor (pemantauan pertandingan)
   Ini merupakan kali ke-3 berturut-turut SKKW menyertai pertandingan yang sama. Pada tahun 2011, SKKW mendapat Tempat Ketiga, tahun lepas (2012) kami dapat Tempat Ke-2, semoga tahun 2013 ini, kami berjaya membaiki kedudukan tersebut dan menjadi Johan, Insya Allah - doakan bersama-sama..
Laporan lanjut penilaian tersebut sila klik blog PPDa SKKW di sini.
2) Pemantauan Kantin (pemantauan mengejut)
   Ekoran penutupan sementara kantin SKKW sejak Isnin (30.9.2013) lepas (makluman lanjut di sini), pihak PPD Sepang serta JPN Selangor telah turun ke sekolah pada sebelah pagi untuk membuat siasatan dan membimbing pentadbiran sekolah dalam mengurus kejadian tersebut. Saya terpaksa meninggalkan rombongan hakim penilai PPDa yang melawat di sekitar sekolah untuk melayani masalah tersebut...
Menyemak fail kantin
3) Pemantauan LINUS (pemantauan biasa)
   Pada sebelah petang, melayan pemantauan LINUS oleh pegawai LINUS dari PPD Sepang pula. Setelah berbincang serba sedikit dengan pegawai berkenaan, beliau masuk ke kelas melihat guru LINUS mengajar. Semoga guru-guru sentiasa menjalankan tugas dengan baik dan bersedia untuk dicerap pada bila-bila masa sahaja..
 Pegawai LINUS berbincang dengan Cikgu Lili
   Pendek kata, setiap pemantauan mempunyai objektif yang sama iaitu memartabatkan pendidikan negara. Pihak sekolah sentiasa bersiap siaga untuk apa jua pemantauan dengan segala bagai fail, dokumentasi, perancangan dan seumpamanya.
   Semoga kami akan berjaya dalam pertandingan yang kami sertai, masalah kantin dapat dihuraikan dengan bijaksana dan p & p LINUS berada di atas trek yang betul. Terima kasih diucapkan kepada para pemantau dan penilai!

2 comments:

  1. lebih kurang macam audit la kot. ha.. ha.. IM bukan boleh dengar perkataan audit.

    dan dan rasa nak demam!

    ReplyDelete
  2. sonok jadik cikgu..
    blogwalking....feel free to visit blog saya pulak dan be my followers ya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...