Saturday, September 12, 2020

Anugerah Khas Kepimpinan Guru Besar

Kolokium Kepimpinan Pendidikan Majlis Guru Besar Selangor, Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-26 dan Majlis Apresiasi Guru Besar Selangor telah diadakan di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands pada 8 hingga 10 September 2020.

Saya dan rakan-rakan mengambil peluang ini dengan bergambar merakam kenangan di sekitar IAB...




















Pada hari ke-3 (10 September 2020), saya selaku salah seorang ahli panel telah membentangkan Best Practices bertajuk Kebitaraan PPDa, kriket & Pusat Sumber Sekolah (PSS).















Terima kasih buat MGB atas kesempatan dan kepercayaan yang diberi untuk saya berkongsi amalan terbaik di SKTPP bersama rakan-rakan Guru Besar seluruh Selangor

Majlis Penutupan Kolokium telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1; YB Cikgu Muslimin bin Haji Yahaya. 

Semasa Majlis Apresiasi Guru Besar, alhamdulillah saya telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Selangor.







Terima kasih buat MGB atas penghargaan yang sangat istimewa ini

Semasa majlis tersebut seorang guru SKTPP; Cikgu Wan Faizol bin Wan Mat juga telah berjaya mendapat Tempat Ke-2 dalam Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Guru.




Sebenarnya Cikgu Wan Faizol telah menghantar 6 video penyertaan untuk pertandingan tersebut. Video yang dimenangi beliau bertajuk #rindusekolah. Saya turut terlibat sebagai salah seorang pelakon...


Syabas buat semua murid yang terlibat dalam video ini!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak MGB Selangor, MGB Sepang, JPN Selangor dan PPD Sepang atas penghargaan yang diberi. Terima kasih banyak buat seluruh warga SKTPP; guru-guru, anak-anak murid, ibu bapa, PIBG serta masyarakat  setempat atas sokongan serta kerjasama mantap kepada kami selama ini. Didoakan agar SKTPP akan terus maju jaya dan sukses pada masa depan...






Bersama Cikgu Wan Faizol bergambar kenangan dengan anugerah dan hadiah yang diterima di Kiosk Uitv Ujana Ilmu SKTPP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...