Tuesday, September 14, 2021

Acik Hisyam Dah Kerja

Acik Rohisyam Roslan bersiap nak ke Muar untuk memulakan alam pekerjaan selaku Jurutera Awam di TNB Muar. Selamat menabur bakti di daerah tempat Acik menimba ilmu semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muar (Samura) dulu. Kerja elok-elok & jaga diri...

Alhamdulillah syukur dan terima kasih atas didikan semua guru di sekolah serta para pensyarah di UNITEN. Doakan Acik berjaya mengharungi cabaran alam kerjayanya. Semoga dipermudahkan segala urusan...

Bekal dari ibu

Tinggallah Putih kesayangan

Bersama ayah

Bersama ayah & ibu


Peace

Bye Kota Warisan

Bye Sepang


Selamat jalan Acik.. Semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai ke Bandar Maharani Muar

Throwback ketika Acik menerima Anugerah Khas Pengetua sewaktu mengambil keputusan SPM 2015 yang lalu : anugerah hasil usaha gigih Acik. Semoga terus istiqomah. Aamiin...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...