Sunday, February 14, 2010

Kenduri tahlil arwah ayah

Hari ni sempena cuti Tahun Baru Cina, saya adik-beradik balik kampung di Kesang Jaya, Jasin, Melaka. Emak buat kenduri tahlil arwah ayah. 17 Februari 2010 ni cukup setahun ayah meninggalkan kami. Semoga roh arwah ayah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amiiinnn..... Seronok berkumpul sedara mara.
 Encek masih sihat menyiapkan bahan-bahan memasak
 Chef Hadi orang kuat dapur
Mak Ngah dan Mak Besar
Busu Norli dan cucunda
Ijam, Busu Lan, Zairul dan Jurie
 
Persiapan mengisi beg cenderahati
Alang buat apa tu?
Makanan yang diisi dalam beg sebagai buah tangan jemputan
Peralatan untuk membuat pulut tetal
 Dua sepupu; Acik dan; Nasrul - berjanji nak dapat 5A dalam UPSR tahun ni
 
Sepupu kamceng; Amir dan Afri
Along Nizah tersenyum sambil memerah limau untuk dibuat sambal belacan
Sambil menunggu, relax jap tengok tv
 
Ambil berkat kak Ngah yang baru balik haji
Majlis tahlil ini diketuai sepupu;cikgu Asri
Emak dikelilingi anak-anak dan saudara-mara
Makanan yang disajikan
Kaum lelaki menjamu selera di serambi
Sebahagian tetamu wanita menikmati jamuan di dalam rumah
Kak Ngah dan Farah dah macam adik-beradik
Sedulang gelas buat tetamu....

Thursday, February 11, 2010

Pengarah baru

Malam tadi, saya dan 4 orang lagi GB mewakili MGB Daerah Sepang telah menghadiri Majlis Budimu Dijunjung Hadirmu Disanjung sempena perpisahan YBhg. Dr. Hj. Zahri bin Aziz; mantan Pengarah JPN Selangor serta mengalu-alukan pelantikan Pengarah JPNS yang baru; Tn. Sulaiman bin Wak. Mantan pengarah JPS itu telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di KPM. Selamat bertugas di tempat baru. Jasa dan budi baik tuan memimpin kami selama ini sangat kami hargai dan tak mungkin kami lupakan. 
   Buat Tuan Sulaiman, Selamat Datang ke bumi bertuah Selangor; jiran sebelah tuan ketika di Wilayah Persekutuan. Semoga dengan kepimpinan tuan, Selangor akan terus cemerlang dan terbilang.
Buku program majlis
   
 Kenang kami dalam doamu wahai Dr. Zahri
  
Dua sahabat baik; kak Samilah dan kak Noredzan
 
Razak dengan geng K.Langat
 
Posing jangan tak posing

Wednesday, February 3, 2010

Merentas Desa

Petang tadi SKKW telah mengadakan acara Merentas Desa yang disertai oleh murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Semua guru terlibat. Ada yang bertugas menjaga check point, kawalan lalu lintas, pengurusan makanan dan minuman, perubatan dan sebagainya. Alhamdulillah acara berjalan lancar. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku walaupun cuaca tersangatlah panas. 
   Setelah selesai, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada peserta yang berjaya. Sebelum bersurai, semua murid diberi sebungkus burger setiap seorang. Tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga wakil-wakil SKKW akan mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah kelak. Buat guru-guru yang begitu bersemangat, lepas ni kita sambung semula tugas untuk persediaan Sukan Tahunan pula ya....
Cikgu Abu memberi taklimat kepada guru-guru
Cikgu-cikgu pun turut gembira
 
Murid-murid menanti di dewan sebelum acara bermula
Acara dimulakan dengan warming up di bawah kendalian cikgu Zahrul
Murid-murid perempuan dilepaskan dahulu
Awas jangan tolak-tolak
Merentas desa di kota
Antara check point yang dikawal oleh guru
Hati-hati di jalan raya
Juara lelaki ni berbaju merah tapi sebenarnya rumah kuning
Kepenatan sampai termuntah-muntah
Anak Mahmud ni menduduki tempat ke-3 kategori perempuan
Malisha Norkamaliah tempat ke-2
Adiknya; Malisha Norhanani juara kategori perempuan. Syabas
Hafizul tempat ke-3 kategori lelaki
 
Munishwaran tempat ke-2
Tahniah buat Haziq; juara lelaki
 
Segaknya dia dengan kalungan tu
Bergambar kenangan dengan semua pemenang tempat pertama hingga ke-20 lelaki dan perempuan. Jumpa lagi tahun depan!

Monday, February 1, 2010

1 Februari 2010

Pagi ni sekolah mengadakan beberapa program semasa perhimpunan. Antaranya:
1.  Pelantikan ahli Kelab Pencegahan Jenayah - Sarjan Sawal dari IPD Sepang telah menyempurnakan majlis dan memberi sepatah dua kata kepada murid-murid
2.  Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)
3.  Pelantikan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
4.  Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Melayu. 
Gong dipalu sebagai menandakan bulan panitia Bahasa Melayu dilancar dengan rasminya
 
Murid-murid mempersembahkan tarian kebudayaan semasa pelancaran bulan panitia BM 
Kumpulan tarian yang dibimbing oleh pusat tarian Najihah ini telah beberapa kali mendapat undangan membuat persembahan dan pernah keluar dalam MHI TV3. Syabas!
Ahli-ahli KPJ bergambar kenangan dengan pegawai-pegawai polis dari IPD Sepang dan guru-guru
 
Pengawas Pusat Sumber
Pengawas SPBT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...