Thursday, February 9, 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar

Hari ini telah diadakan Kursus Kepimpinan Pelajar yang melibatkan semua Pengawas, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi pagi dan petang. Kursus yang diadakan bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang itu dihadiri oleh 296 orang peserta. 
   Tahniah kepada murid-murid yang telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus tersebut. Semoga input-input yang diberi dapat meningkatkan sahsiah diri serta menanamkan sifat-sifat cekal dan positif selaku pemimpin di peringkat sekolah.
Banner program
Mc - cikgu Rohaizat
Ucapan aluan GPK HEM - Pn. Asnah
Kem Komandan - ustaz Amir
Pemimpin cilik memberi perhatian
Ustaz Amir menghiburkan
Murid-murid gembira
Cergas melibatkan diri
Happy
Aksi ceria ustaz
Comelnya
Berbaris untuk acara seterusnya
Cikgu Rohaizat mengambilalih
Mendengar arahan
Latihan dalam kumpulan
Cantiknya tulisan
Aktiviti Pengawas
Pengawas SPBT di Bilik BOSS
Pengawas PSS di PSS
Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Majlis penutup
Kami hebat!
Penyampaian sijil kepada wakil-wakil
Peserta terbaik perempuan
Peserta terbaik lelaki

Friday, February 3, 2012

Bulan Panitia BM

Hari ini diadakan pelancaran bulan Panitia Bahasa Melayu dengan gimik tersendirinya..
 
 
 Persembahan silat
Pelancaran Bulan Panitia BM sesi pagi
 
 
 
 Pelancaran Bulan Panitia BM sesi petang
Pn. Haryati menerangkan aktiviti sepanjang bulan ini

Thursday, February 2, 2012

Taklimat PPDa peringkat negeri

Tadi pagi, saya dan cikgu Rohaizat; guru Bimbingan dan Kaunseling merangkap Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SKKW telah menghadiri Taklimat Pertandingan Bilik / Sudut / Lorong PPDa Peringkat Negeri Selangor 2012 di SMK Seri Serdang. SMK Seri Serdang merupakan Johan Pertandingan Bilik PPDa Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan tahun lepas (2011). Kami bersama Pengetua / GB dan SU PPDa sekolah-sekolah seluruh negeri Selangor hadir selaku calon yang akan mewakili daerah masing-masing untuk pertandingan tahun ini. 
   Dalam pertandingan yang sama tahun lepas, kami telah mendapat tempat ke-4 daripada 10 daerah dalam negeri Selangor bagi kategori Bilik Sumber PPDa Sekolah Rendah. Syabas dan tahniah buat seluruh warga SKKW atas kejayaan ini. Masih teringat lagi penat-lelah membuat persiapan (klik di sini, di sini dan di sini). Semoga tahun ini kita akan meneruskan lagi kerjasama tersebut malahan lebih gigih lagi. Insya Allah berkat komitmen semua guru, PIBG, ibu bapa, murid dan masyarakat setempat, kita akan lebih berjaya pada tahun ini.
   Jom tengok gambar-gambar sepanjang taklimat tadi dan lokasi-lokasi menarik di SMK Seri Serdang yang sempat saya rakam. Semoga dapat dijadikan panduan buat semua...
Bersama calon-calon daerah K.Selangor dan Hulu Langat
Rohaizat, En. Muskamal (Pengetua SMK BBST) dan En. Ahmad Badri (Pengetua SMK Puchong Perdana)
 En. Mohd Alwi - Pegawai PPDa PPD Sepang
 
 Persembahan sukan tradisional masyarakat Cina - PPDa Merentas Sukan 
 
 
 
 
 
 
Bahan-bahan dokumentasi untuk peniaian 
 
 Puteri SMKSS melayan tetamu dengan senyuman
 Maklumat asas sekolah 
 
 Seluar lusuh di dinding sekolah sebagai simbolik
Rohaizat di Bilik PPDa SMKSS
 Blog PPDa yang class
 
 
 
 
 
 
 Papan kenyataan di luar Bilik PPDa
 
 Nama lorong tangga ini ialah "Lorong Azab Sengsara Selamanya"
 Pintu naik ke Lorong Sengsara
 Kapsul Masa - 4 botol kapsul masa ditanam di bawah pasu-pasu bunga raya tu untuk dibuka pada tahun 2015
 Arca PPDa
 
 
 Terima kasih pelajar pengiring yang cantik dan baik hati. 
Semoga Berjaya dalam SPM tahun ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...