Monday, September 10, 2012
Selamat Berjaya
Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR buat semua murid Tahun 6 SK Kota Warisan. Semoga Allah membukakan hati kalian untuk mencipta kecemerlangan. Jaga kesihatan, jawab betul-betul dan semak jawapan. Cikgu doakan yang terbaik untuk semua anak murid yang cikgu sayangi. Moga semua berjaya dan dipermudahkan segala urusan. Aminn...
Saturday, September 8, 2012
Jamuan Hari Raya SKKW
Tengah hari tadi Kelab Guru dan Kakitangan SKKW telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kantin sekolah. Terima kasih buat Pn. Siti Aishah; pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang serta Pn. Packiavathy; GB SJK (T) Ladang Bute yang turut hadir.
Majlis juga telah meraikan Pn. Hafidah Abd Hamid; Guru B.Inggeris yang masih bercuti bersalin yang akan bercuti tanpa gaji selama 3 tahun mulai 23.9.2012 ini kerana mengikut suami yang akan bertugas di London. Semoga berbahagia di rantau orang dan jangan lupakan kami di sini.Selamat Hari Lahir jua buat guru-guru dan kakitangan yang menyambut hari jadi pada bulan Julai - September, semoga panjang umur murah rezeki sihat selalu...
Ucapan Pengerusi Kelab Guru - Pn. Roszila
Ucapan Teacher Hafidah
Bersama Pn. Noraishah AJK PIBG dan anaknya; Malisha Nurkamalia
Cenderahati KGK buat Fida
Cenderamata dari Panitia BI
Ole-ole dari tahun 6
Hadiah hari lahir
Terima kasih sudi hadir memeriahkan majlis
"Selamat Hari Lahir..."
Jemput makan puan
Selamat menjamu selera
Friday, September 7, 2012
Baca Yaasin UPSR MGB Sepang
Majlis ringkas ini diadakan di Surau SK BBST. Semoga keputusan UPSR daerah Sepang tahun ini lebih cemerlang
Thursday, September 6, 2012
Wednesday, September 5, 2012
Monday, September 3, 2012
Sumbangan ikhlas
Menyampaikan sumbangan hasil kutipan warga SKKW kepada isteri Allahyarham cikgu Abu Bakar. Semoga dapat meringankan beban keluarga arwah.
Subscribe to:
Posts (Atom)